Dear Abah, Kami Tak Mampu Belikan Rumah Untuk Abah Masa Abah Hidup, Tapi Takkan Kami Tak Mampu Nak Cantikkan Kubur Bila Abah Dah Tiada




Ramai sebelum ini terdengar ustaz dan ustazah berpesan kepada ramai orang, melawatlah kubur terutamanya jika ianya kubur ibu bapa kita.

Apabila datang melawat kubur banyak manfaatnya, di mana apabila melawat pasti kit akan bersihkan kubur, selain ini apabila melawat kubur ia pasti dapat menginsafi diri kita tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan menuju ke syurga atau ke neraka.

Tetapi, ramai kita lihat kini, apabila seseorang saudara kita atau ibu bapa sendiri meninggal, ramai yang tidak pernah melawatnya, kubur terbiar dan tidak diimarahkan langsung dengan bacaan ayat suci Al Quran.

Terbaca sebuah catatan di laman Facebook hari ini, kisah tiga orang adik beradik yang datang ke kubur ayah mereka dan mencantikkan kubur ayah mereka, kerana katanya semasa hidup mereka tidak mampu untuk membelikan rumah, tapi takkan bila ayah mereka sudah tiada mereka tak mampun nak cantikkan kubur ayah mereka.

Jom kita baca.


Dear Abah,

Pertamanya sorry bah, emen dah terpengaruh ngan trend bebudak zaman skrang yg segala mak nenek nak update kat wall fb, tp bah, kalau x update kat fb x kan nak lukis kat dinding rumah plak kan...
Keduanya, masa abah hidup, kitaorg jarang gile nak tgk abah kat bote, tambah2 budak 2 eko ni, cukup liat nak tgk abah, tp alhamdulillah bah, nak ajak bersih kubur, buat kubur, sekali ajak jer terus on.

Ketiganya, kitaorg mmg x mampu nak belikan rumah kat abah mase abah masih hidup, so kitaorg decide, x kan la abah dah meninggal pun kitaorg x mampu nak melawakan kubur abah, so kitaorg decide tuk bubuh rumput karpet sbb org alim ade ckp bah, setiap helai daun tu akan berzikir utk simati... X tahu la bah hadis sohih ke dhaif ke maudu... Tp kalau sohih bah, ni dah macam "life hack" sbb kitaorg choose rumput karpet, berapa banyak daun tu kan bah... 

Lagipun hispter sket bah design ni sebab jarang orang melayu buat... Lagipun kan bah ade khilaf tentang binaan atas kubur... So kami decide jauhi khilaf tu dan biarkan kubur abah jadi paling hijau kat kawasan perkuburan tu...


Keempatnya... Saje Emen pilih rumput karpet dan pokok hidup bah, sebab Ewan dan Pejey kena datang tuk trim pokok2 tu dan tabur baja everymonth diorang turun dari cameron, so nak x nak diorang kena lawat abah gak kan... Hehe bijak x bah...

Kelimanya, sengaja update kat wall ni bah, sebab kami doakan abah now kat heaven, so abah leh mintak hanphone tuk baca & like post ni bah... dah x der org call kitaorang every 5 minit tuk tanya pasal cuaca hujan ke tak... Dah makan ke belum.... Hmm Emen dah jadi abah pada Humaira baru tau perasaan rindu kat anak tu macammana... Hmmm.... Ok bah.. Ni je kitaorg mampu lakukan selain doa dan sedekah fatihah kat abah...


Yang masih hidup, ade mak abah tu... Kalau emak abah call, msg tu maknanya diorang rindu, so amik jela cuti... Duit banyak2 pun bukan leh tabur atas kubur mak abah tu nanti... *pesanan tuk diri sendiri.... - Faizul Ezmin

Sumber: Siakapkeli

0 comment... add one now