Header Ads

Gadis Tingkatan 1 BOCOR Kepala Dibelasah Beramai-Ramai !!!




PETALING JAYA – Seorang pelajar perempuan tingkatan 1 cedera di bahagian kepala akibat dipercayai dibuli beberapa pelajar sekolah yang sama, semalam.

Shuk DeBitz, individu yang dikenali sebagai ayah mangsa memuat naik gambar mangsa yang dibuli sehingga ‘bocor’ kepala dalam kejadian di SMK ***** ***sara 2.

Punca kejadian tidak dikenal pasti, namun mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul di kepala dan perutnya dipijak oleh pelajar perempuan tingkatan 3 bernama Mira, sehingga tidak sedarkan diri.

Mangsa telah dihantar ke hospital dan mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan pihak hospital mendapati, mangsa yang masih memakai pakaian yang dibasahi darah itu mengalami luka sepanjang 2 inci di bahagian kepala. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dalaman.




Menurut sumber, guru sekolah berkenaan telah pergi berjumpa dengan ibu bapa salah seorang pelajar yang terlibat. Bagaimanapun, ibu bapa pelajar terbabit tidak percaya anak mereka melakukan perkara itu.

Difahamkan bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sumber:- The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.