Header Ads

Guru Biadap Pukul Dan Sepak Pelajar Ketika Sedang Mengajar, Sebarkan Supaya Diberi Pengajaran




Satu video viral yang memaparkan seorang guru yang garang sedang mengajar anak muridnya untuk membaiki penghawa dingin.

Perkongsian dari Muhammad Azhan telah menjadi viral kerana kebiadapan seorang guru lelaki yang sedang mengajar anak muridnya. Muhammad Azhan juga menyatakan kekesalannya di laman sosial facebook seperti berikut;

"Patut ke ajar anak murid kau macam tu. Tahu lah kau bagi ilmu tapi hormat anak murid juga. Jangan sampai anak murid pijak kau balik".

Melalui video yang berdurasi 1.40 minit itu, kelihatan guru itu beberapa kali memarahi pelajarnya yang membuat kesilapan ketika dalam proses pembelajaran.


Yang amat menyedihkan guru berkenaan telah memukul malah menyepak pelajar berkenaan beberapa kali. Sebesar manakah kesilapan dan kesalahan pelajar itu sehinggakan guru tersebut bertindak sedemikian?

Video ini juga telah mendapat respon dari netizen yang menyatakan kesalahan guru berkenaan dan netizen juga mendesak agar guru lelaki itu diambil tindakan serta dikenakan hukuman di atas kesilapan yang telah dilakukannya.

Difahamkan, lokasi kejadian adalah di utara di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra, Kedah, namun belum ada kesahihan. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera terhadap guru ini.

Antara komen netizen yang tidak berpuashati dengan tindakan guru ini.


Sebarkan untuk keadilan pelajar ini.


Sumber: Koleksi Viral



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.