Header Ads

Jangan Selongkar Telefon Bimbit Suami Jika Mahu Kekal Bahagia



Setiap pasangan yang berumah tangga pasti ingin rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Tiada pasangan suami isteri yang mengharapakn rumah tangga yang dibina di akhiri dengan penceraian.

Tetapi, isu suami atau isteri curang dikatakan semakin banyak. Faktor ini banyak berlaku apabila pasangan menyalah gunakan teknologi sedia ada seperti telefon bimbit.

Pasti ada sahaja pasangan yang ‘kantoi’ telah curang di dalam telefon bimbit. Pasangan yang curiga akan mula menyelongkar telefon bimbit pasangan unutk melihat dengan siapa pasangan mesej dan berbual.

Namun begitu, ramai pasangan yang masih tidak tahu walaupun sudah berkahwin masih terdapat ruang privasi di antara pasangan masing-masing. Antara privasi paling penting sering kali sudah tidak digunakan adalah elakkan diri menyelongkar barang peribadi pasangan seperti telefon bimbit.

Ayat yang sering digunakan pasangan berkahwin, “ tidak patut ada rahsia dalam sesebuah rumah tangga”.

Itu memang benar, namun peratuan itu hanya dipakai untuk hal-hal berkenaan rumah tangga sahaja, bukan untuk semua perkara. Kadang-kadang pasangan anda perlu merahsia perkara dari pengetahuan isteri.

Antaranya adalah rahsia rakan sekerja, jika rakan atau ahli keluarga pasangan telah berkongsikan masalah peribadi pada pasangan anda dan meminta pasangan anda untuk merahsikan perkara itu. Pasangan anda telah memang tanggugjawab untuk merahsiakan perkara itu termasuk ada pasangan.

Kedua adalah rahsia kerja, kebanyakkan antara pasangan sudah mempunyai group WhatsApp rakan sekerja. Dalam group ini sering membincangkan hal pekerjaan, termasuk rahsia syarikat dan lain-lain. Menjaga rahsia syarikat adalah amanah.

Hormati privasi pasangan kalian, dan hormati amanah yang perlu dijaga olehnya. Minta keizinan pasangan kalian untuk selongkar telefonnya. Jika dia benarkan, maka teruskanlah.

Rumah tangga bahagia apabila pasangan tidak menyelongkar telefon bimbit. Tetapi, apabila mengetahui suami ‘curang’ di galakkan menyelongkar untuk menyelamatkan rumah tangga.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.