Header Ads

Nikah Di Turki Lebih Murah Dan Mudah Berbanding Di Malaysia, Lelaki Melayu Ini Ikut Sahaja Syarat Wanita Turki..


Said Imaddudeen bersama isteri Ayse Karateke sewaktu bergambar pada September 2015, kira-kira sebulan selepas perkahwinan di Turki. — Foto ihsan Facebook/Zaimah Yaha

Seorang jejaka Melayu memilih gadis Turki sebagai isteri walau disyaratkan tinggal di negara itu kerana kos perkahwinan tidak semahal di Malaysia.

“Urusan perkahwinan lebih mudah dan penting perbelanjaan nikah juga tidak begitu mahal, sebab itulah saya pilih gadis Turki,” kata Said Imaddudeen, 29, seperti dilapor Sinar Harian.

Anak jati Kuala Lumpur itu sanggup memenuhi syarat keluarga Ayse Karateke, 21, yang memintanya memiliki rumah sebelum bernikah dan harus menetap di negara itu.

Majlis perkahwinannya pada Ogos 2015 tidak besar dan hanya dihadiri 30 tetamu, tambahnya yang menjelaskan wanita Turki sukar menyesuaikan diri dengan budaya negara suaminya.

“Berbeza dengan kenduri kahwin di Malaysia apabila kita kena tempah katering, dewan bersanding, pelamin dan macam-macam lagi yang makan banyak belanja,” katanya.

Mula menjejakkan kaki di Turki pada 2008, Said belajar bahasa negara itu pada 2011 sebelum menetap di sana setahun kemudian. Beliau kini menyambung pelajaran Universiti Istanbul.

Pasangan ini mula bertentangan mata sewaktu sama-sama menyertai program di Universiti Bogazici sebelum menjalin hubungan cinta.

Sumber: themalaymailonline



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.