Header Ads

Otak Bayi 10 Minggu Membengkak, Meninggal Dunia Selepas Ibu Bapanya Berulang Kali memberi Susu Badan Bercampur dgn Air



"Sy betul-betul tak tahu susu ibu tak boleh campur dgn air biasa..kalau sy tahu dari awal, Marie mesti masih hidup..sy menyesal..ibu bapa di luar, tolong sebarkan..jgn jadi seperti sy, syg anak-anak anda..mereka bayi, mereka tak mampu bercakap tapi anda mampu bertindak..tolong viralkan secepat mungkin.."

Bayi yang hanya berumur 10-minggu Nevaeh Marie Landell meninggal dunia selepas ibu bapanya berulang kali memberi susu badan bercampur dengan air. Susu ibu yang dicampurkan dengan air telah mengakibatkan penurunan dalam tahap elektrolit dan natrium Nevaeh dan menyebabkan otaknya membengkak.''

Menurut pendakwa raya, Herbert George Landell dan Lauren Heather Fristed didakwa enggan memberi rawatan perubatan apabila anak mereka jatuh sakit, alasan yang diberikan adalah kerana kepercayaan agama mereka. Apabila mereka akhirnya membawa bayi mereka ke hospital, ia sudah terlambat.

Landell telah didakwa dengan jenayah pembunuhan dan penyeksaan. Fristed didakwa dengan jenyah penyeksaan yang teruk dan kekejaman terhadap anak-anak. Laporan berita US menyatakan bahawa kedua-duanya berada dalam penjara tanpa diikat jamin.

Ia sentiasa tragis untuk mendengar cerita seperti ini, terutama apabila ia agak jelas bahawa Nevaeh mungkin masih hidup jika ibu bapanya lebih berpendidikan mengenai penjagaan dan pemakanan bayi mereka yang masih kecil.

Apakah peraturan mengenai pemberian air kepada bayi yang masih diberi susu ibu di bawah umur enam bulan? Adakah bayi sekecil ini memerlukan susu badan dan dan juga air kosong? Atau adakah susu ibu menyediakan penghidratan yang mencukupi?

Adakah bayi yang diberi susu ibu memerlukan air?

Pakar-pakar laktasi daripada organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan La Leche League International (LLLI) bersetuju bahawa bayi yang disusui ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Ini kerana susu ibu terdiri daripada 88% air – terutamanya “susu hadapan” yang datang dengan setiap makanan – oleh itu ia memenuhi semua keperluan penghidratan bayi anda.
Apa yang diperlukan untuk bayi yang baru lahir supaya sentiasa hidrat hanyalah kolostrum.

Mengapa anda tidak perlu memberi air kepada bayi yang menyusu susu ibu yang berumur di bawah enam bulan?

Nasihat pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Academy of Breastfeeding Medicine, American Academy of Pediatrics dan KellyMom.com menyerlahkan fakta-fakta berikut mengenai risiko memberikan air kepada bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif di bawah usia enam bulan:

Memberi air boleh mengganggu frekuensi normal penyusuan susu ibu dan boleh menyebabkan kekeliruan puting apabila air diberikan dari botol.

Memberi makanan tambahan seperti air atau air glukosa kepada bayi yang baru lahir boleh meletakkan beliau pada risiko yang tinggi untuk peningkatan bilirubin (yang boleh menyebabkan penyakit kuning). Bermakna bayi terpaksa berada di hospital lebih lama.

Ia boleh menyebabkan keracunan air, tanda-tandanya adalah pening, kekeliruan, mengantuk, bergerak-gerak dan sawan. Pakar perubatan professional mengatakan bahawa minum terlalu banyak air terutama pada kanak-kanak di bawah umur satu tahun boleh mencairkan tahap natrium normal bayi dan boleh menyebabkan sawan, koma, kerosakan otak dan juga kematian.

Air tidak mengandungi kalori, yang bermaksud memberikan air kepada bayi anda membuatkan dia kenyang tanpa menambah kalori. Ini boleh menyebabkan kenaikan atau penurunan berat badan.
Memberi air kepada bayi: Bilakah masa yang sesuai?

Walaupun cuaca di luar sangat panas, bayi susuan ibu sepenuhnya masih tidak memerlukan air tambahan. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu meningkatkan kekerapan menyusukannya untuk memastikan si manja anda kekal terhidrat.

Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk memberikan air kepada anak saya?

Apabila bayi anda berumur enam bulan dan telah belajar untuk menggunakan cawan. Pakar mengatakan ia adalah baik untuk memberinya bayi anda menghirup air beberapa kali sehari, tetapi tidak lebih daripada dua auns setiap 24 jam. Juga, apabila si manja anda memulakan makanan pepejal, nasihat profesional adalah anda boleh menawarkan kepadanya beberapa hirup susu atau air dengan makanan pepejal beliau untuk mengelakkan sembelit.

Untuk bayi yang lebih tua dan juga kanak-kanak, anda boleh terus menyusukan dan memberikan air secara sederhana. Jika anda terus menyusukan bayi di luar setahun, perlu diingatkan bahawa ia masih menyediakan banyak penghidratan untuk anak anda kerana dia dibenarkan untuk menyusu tanpa batas.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.