Header Ads

Petrol Naik 20sen Seliter, Surat Terbuka Buat Najib Razak. Kau Tak Rasai Semua Ini...– Faizal Ibrahim



Surat terbuka buat Dato Najib Razak.


Kau tak pernah rasa macamana tengok beg duit ada cuma RM5…kau tak pernah rasa pergi ATM tengok dalam akaun ada RM20 dan hanya dapat keluarkan RM10. Kau tak pernah rasa hanya makan ikan bilis masak kicap dan telur mata lembu selama sminggu…kau tak pernah rasa nak tuang minyak tengok dalam poket cuma ada RM5 tapi hanya tuang RM3.

Kau tak pernah rasa makan nasi kat tepi jalan masa tengah rehat kerje sambil kenderaan lalu lalang dan banyak debu jalanan…kau tak pernah rasa bila takda duit nak beli baju baru hanya dapat beli baju bundle 3 helai RM10.

Kau tak pernah rasa bila ada modal sikit meniaga tepi jalan lalu diberi saman oleh majlis daerah atau perbandaran…kau tak pernah rasa bila malam terpaksa tutup semua suis lampu dan kipas hanya untuk jimat elektrik. Kau tak pernah rasa satu hari hanya boleh guna 2 baldi air untuk kegunaan satu hari demi menjimatkan bil air…

Kau tak pernah rasa bila tengok orang yang mampu pakai mahal-mahal tapi teringat dalam beg duit ada RM30. Kau tak pernah rasa walaupun demam tapi tak beli panadol kat 7eleven sebab duit tak cukup…

Kau tak pernah rasa walaupun hujan terpaksa start motor pergi kerja walaupun baju hujan takda demi tak dipotong gaji bulanan. Kau tak pernah rasa bila dapat gaji RM900 senyuman tinggi menggunung pada hari pertama tapi bila hari ke2 dah bermasam muka sebab banyak benda nak dibayar.

Kau tak pernah rasa bila tapak kasut tercabut kau akan pergi kedai RM2 untuk beli gam dan tampal balik kasut tu yang mana hanya boleh tahan selama 3 hari. Kau tak pernah rasa bila ibu-bapa kita nak kan sesuatu terpaksa kita sebagai anak simpan dalam hati saja dan mengambil masa yang agak lama untuk tunaikan impian ibu-bapa kita tu…

Kau tak pernah rasa ini semua…sebab bila kau bangun dari tidur, semuanya dah tersedia…inilah apa yang aku rasa sebagai rakyat malaysia pada hari ini.

Kredit : Faizal Ibrahim / Mynewsviral.com


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.