Header Ads

'Seperti Dibawa ke Dunia Lain' - Empat Sekeluarga Hilang Ditemui Semula Selepas Hilang 8 Hari



Tumpat, 2 Feb - Empat sekeluarga bersama seorang pekerja yang hilang sejak lapan hari lalu ditemui semula di kedai makan di Kampung Neting di sini.

Kelima-lima mereka ditemui di kedai tersebut kira-kira jam 12 tengah malam tadi oleh orang kampung yang memaklumkan kepada waki keluarga, Mafauzi Kamaruddin, 38.

Menurut Mafauzi, penemuan secara tiba-tiba itu mengejutkan dia sekeluarga yang tidak menyangka anak, tiga adik dan seorang pekerjanya ditemui selamat.

"Orang kampung menghubungi saya memaklumkan melihat kereta dinaiki mereka di kedai makan itu sedang membeli roti canai dan saya segera menghubungi pihak polis.

"Mereka berlima dibawa ke balai polis untuk siasatan dan adik saya, Ilham, 35, mendakwa mereka hilang seperti dibawa ke dunia lain.

"Keadaan mereka pun antara sedar atau tidak dan masih terpinga-pinga dengan kejadian berlaku," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Kelima-lima mangsa telah dibawa ke pusat perubatan Islam di sini untuk rawatan.

Pada 25 Januari lalu, empat sekeluarga itu dan seorang pekerja dilapor hilang selepas keluar dari rumah mereka di Taman Sri Pengkalan, Jalan Besar, Pengkalan Kubor di sini.

Mereka dipercayai keluar rumah pada 4.30 petang untuk makan di kedai berhampiran sebelum gagal ditemui. - Siakapkeli


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.