Header Ads

Tak Malu Jual Air Jagung, Raih RM1,500 Sehari




Walaupun berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan dari UniKL namun dua rakan karib yang berasal dari Kedah ini tidak segan untuk membuka gerai jualan air jagung.

Menggunakan resepi yang dihasilkan sendiri, Mohd Farizual Aiman Azmi, 27, dan Adnan Hafif Samsudin, 27, gerai ‘Air Jagung Ketagih’ mereka mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.

“Air jagung ini adalah resepi rahsia kami bagi memberi kelainan dari air jagung di tempat lain walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah sama iaitu pes jagung, kordial jagung dan susu pekat,” kata Adnan Hafif ketika dikunjungi Bernama di gerai mereka di Jalan Stadium.

Menurut Adnan Hafif, setiap hari gerai mereka akan menjual sekitar 300 hingga 400 cawan yang dijual antara RM2.50 hingga RM5.50.

Pulangan daripada hasil jualan mereka mampu mencecah antara RM1,000 hingga RM1,500 dan kerana itulah menguatkan semangat dua rakan karip ini untuk teruskan perniagaan air jagung mereka.

Manakala Mohd Farizual Aiman turut berkongsi perancangan mereka untuk membuka cawangan terbaru mereka di Jitra selepas kejayaan dua cawangan mereka di Jalan Stadium dan Taman Aman.

Bagi tujuan pemasaran, mereka menggunakan teknik risalah dan pemasaran Facebook sehinggakan pembeli dari Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menjadikan gerai mereka lokasi wajib apabila sampai di Alor Setar.

Sumber: VITDAILY


Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.