Header Ads

3 Pelajar Maut, 2 Cedera Dirempuh Lori Ketika Melintas Jalan



CHINA - Tiga pelajar maut dan dua lagi cedera selepas dirempuh sebuah lori, ketika sedang melintas sebatang jalan dalam perjalanan pulang dari sekolah, lapor laman V4

Dalam kejadian sekitar jam 3.57 petang, 24 Mac lalu di bandar Guangxi Guiping, tiga pelajar maut, manakala dua lagi cedera dan cebisan daging dan darah mangsa kelihatan di lokasi kejadian. 

Sebelum rempuhan itu, dua guru sekolah telah meletakkan dua kon di tengah-tengah laluan pejalan kaki agar kenderaan yang melalui jalan itu berhenti dan memberi laluan kepada para pelajar sekolah untuk melintas. 

Namun sebuah lori yang datang dipercayai mempunyai masalah brek, gagal berhenti lalu merempuh sekumpulan pelajar yang sedang melintas. Beberapa pelajar dirempuh, diheret dan digilis tayar lori sehingga maut dan cedera parah. 





Pemandu lori itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis sedang menjalankan siasatan punca kejadian. 

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.