Header Ads

AMARAN!! - Waspada Gula-Gula Getah Syabu



Kuantan: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menumpaskan sindiket pengedaran gula-gula getah serta serbuk minuman mengandungi dadah jenis syabu dan menahan lima suspek lelaki di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua JSJN Pahang Superintendan Lam Thiam Huat berkata, dalam serbuan pertama jam 3.30 petang di rumah di Taman Maju Jaya, di sini, pihaknya menahan dua lelaki berusia 28 dan 32 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemui 24 paket gula-gula getah serta 16 paket serbuk dipercayai mengandungi syabu. Serbuan juga merampas 81.7 gram ketamin, 8.9 gram syabu, 290 pil eramin 5, 185 pil ekstasi serta menyita dua kereta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, soal siasat kemudian membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki berusia 15 hingga 27 tahun di hadapan medan selera di Jalan Gambut di sini, dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan.

Lam berkata, siasatan awal mendapati gula-gula getah dan serbuk minuman itu untuk dijual di sekitar pusat hiburan di daerah ini sebelum ditumpaskan. - Harian Metro


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.