Header Ads

Kaum Lelaki Akan Didenda RM430 Jika Didapati Membazirkan Sperma




Kenyataan ini mungkin tidak boleh diterima oleh semua orang, tetapi inilah hakikat yang harus diterima oleh mereka yang berada di sana apabila seorang ahli politik telah membentangkan usul undang-undang ini.

New York - Seorang ahli politik Texas telah mengemukakan usul untuk mengenakan denda sebanyak AS$100 (RM430) kepada lelaki-lelaki yang melakukan pembaziran dengan membuang air mani atau dipanggil juga sperma.

Pembentangan ini telah diusulkan oleh Ahli Parti Demokrat, Jessica Farrariaitu 'Akta Hak Yang Perlu Diketahui Lelaki, yang bertujuan untuk menjelaskan tentang perasaan wanita yang terjejas akibat penguatkuasaan undang-undang di Texas terutamanya membabitkan isu pengguguran.

Usul undang-undang berkenaan adalah melarang sama sekali golongan lelaki melakukan perbuatan onani kerana tindakan tersebut menyebabkan pembaziran air mani dan melindungi bayi yang belum dilahirkan, kata Farrar.

"Ramai yang memikirkan akta ini lucu tetapi mereka tidak memikirkan masalah yang dihadapi oleh wanita yang berada di Texas sehingga menyukarkan mereka untuk dapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang disebabkan undang-undang tertentu.

"Kaum wanita perlu menjalani berbagai jenis ujian sebelum dibenarkan menggugurkan bayi dan saya mahu golongan lelaki menjalani proses yang sama," katanya.

Texas mempunyai undang-undang yang paling ketat membabitkan pengguguran bayi disebabkan pegangan penganut Kristian yang kuat.

Walau bagaimanapun, Jessica Farrar menyedari yang usul itu tidak akan diwartakan sebagai undang-undang kerana ianya akan mendapat tentangan yang kuat di Texas. - Mstar online


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.