Header Ads

Nasi Lemak Pondan Kini Mencari pekerja. Tak Perlu Lulus SPM, Tetapi Wajib Pondan




Berkat rezeki Nasi Lemak Pondan yang jadi tular di laman media sosial sejak baru-baru ini, pengusahanya, Jojie Kamaruddin jadi tidak menang tangan melayani pelanggan yang jumlah semakin bertambah setiap hari.

Berikutan perkara ini, Jojie kini sedang dalam proses mencari pekerja untuk membantunya menguruskan perniagaan nasi lemaknya itu.

Selari dengan penjenaamnya perniagaannya itu, Jojie meletakkan syarat pemilihan pekerja sebagai seorang yang pondan seperti dirinya itu juga.

“Seperti yang sedia maklum, nama kedai pun nasi lemak pondan, jadi hairanlah kalau saya nak ambk perempuan atau lelaki kan, jadi saya memerlukan orang yang menjaga kedai saya itu adalah pondan.”


“Jadi bagi pondan-pondan di luar sana jangan risau dan bimbang jika anda tidak dapat pekerjaan, mungkin punca rezeki yang datang pada saya ini bolehlah dikongsikan,” kata Jojie.

Mengikut Jojie, selain daripada berniat untuk membantu ekonomi ‘kaum Hawa’ sepertinya yang sering menjadi mangsa diskriminasi di tempat-tempat kerja, beliau turut berazam ingin mengubah stigma masyarakat kepada pondan-pondan di Malaysia.

Sepanjang 11 hari Nasi Lemak Pondan ini dusahakan, beliau berjaya mengutip keuntungan RM1,000 sehari.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.