Header Ads

Orang Perempuan, Jangan Beli Rumah Sebelum Kahwin, Nanti Senang Bakal Suami Cuci Kaki Masuk Rumah’



Kalau seorang perempuan tu beli rumah selepas kahwin tapi bayar guna duit dia 100%, adakah menjadi harta sepencarian jugak? Suami tak tolong bayarkan. Kalau suami meninggal, boleh ke family suami tuntut jugak rumah tu?

Isteri kena buktikan di mahkamah yang harta tersebut takda penglibatan suami dan tak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Jika mahkamah berpuas hati, maka mahkamah akan mengisytiharkan ia bukan harta sepencarian.

“Orang perempuan, jangan beli rumah sebelum kahwin. Nanti lepas kahwin, bakal suami senang-senang je cuci kaki terus masuk rumah kau. Untung lelaki tu.”

Itulah silapnya persepsi anak muda kita terutamanya yang perempuan. Risau sangat harta kena bolot dengan suami. Mesti ni penangan drama-drama Melayu. Semua pakat nak sailang harta anak beranak. Hahah.

Janganlah berkira sangat. Nak berkahwin, maksudnya masing-masing sudi berkongsi segalanya. Contoh, kalau isteri dah ada rumah, suami takda rumah, tapi suami ada kereta pula. Hah!! Kan dah lengkap tu.

Lagi satu, janganlah risau wahai wanita sekalian. Ketahuilah bahawa rumah yang anda beli sebelum perkahwinan tidak dikira sebagai harta sepencarian. Kalau jadi apa-apa, rumah itu masih rumah anda.

Andaikan sebelum kahwin anda dah ada 2 buah rumah, anda carilah bakal suami yang dah ada 4 buah rumah. Jadi, tak berlaku drama berebut-rebut harta lepas kahwin. Masing-masing ada rumah sendiri, dua-dua celik hartanah.

Cari bakal suami yang sudah ada 4 buah rumah tau. Bukannya 4 orang rumah. Kalau dah ada 4 orang rumah, tak boleh dah dia kahwin dengan awak tu. Haram.

Empat rumah tu contoh sahaja. Jangan ditunggu sangat jodoh lelaki 4 rumah tu. Spesis tu sangat rare. Dapat suami bermula dengan bijak urus kewangan pun takpa walaupun belum lagi ada rumah.

Dan pastikan dia baik agamanya dan mampu mendidik anda untuk bahagia dunia akhirat. Kalau dapat suami 4 rumah tapi kaki perempuan dan kaki pukul pun tak guna juga. Haha.

Sumber : Harith Faisal



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.