Header Ads

Picit Kaki Anda, Jika Lekukkan Lambat Timbul Dan Kembali Kepada Asal Anda Mungkin Dalam BAHAYA !!! Jangan Abaikan..




Mai hari ni doc nak ajar anda semua jadi “doktor” . Tengok & pegang kaki anda. Picit isi kaki dgn jari anda. Klu ada LEKOKKAN LUBANG ditempat picit tersebut & lubang tu lambat timbul kembali kpd asalnya ….maka anda ada EDEMA iaitu Bengkakkan di kaki. Tu dia..anda in TROUBLE!! Edema ni terjadi krn HIMPUNAN CAIRAN pd bagian2 tubuh anda. Kerap Bengkak edema dikaki sbb efek gravitasi.

Apa Penyebab Kaki Bengkak/ EDEMA?

Anda kena bertindak pantas kalau:

Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha + PENAT = Kemungkinan anda ada MASAALAH / KEGAGALAN JANTUNG.

Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha +/- ke tangan & perut + MUKA BENGKAK MACAM BELON = Kemungkinan anda ada MASAALAH /KEGAGALAN BUAH PINGGANG.

Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha + PERUT BOROI/BUNCIT dgn AIR + MUKA BADAN KUNING ( JAUNDICE) +/- PENAT = Kemungkinan anda ada MASAALAH atau KEGAGALAN LIVER/HATI.

Bengkak EDEMA di kaki je. Cek perut ada BABY…..hihihi = Ni bengkak kaki waktu hamil. Lepas bersalin ok je. Lelaki berkecuali!!

Bengkak EDEMA krn berdiri lama atau travel dlm kenderaan/ kapalterbang terlalu lama. Ni ok je bila angkat kaki masa balik rumah, buh kedua2 kaku atas bantal….besuknya ok je.

Bengkak EDEMA di kaki…ada perandangan/ kemerahan di kaki. Turuti dgn DEMAM = CELLULITIS iaitu kuman infeksi di kulit kaki. Mkn antibiotik. Cek takut ada Kencing Manis.

Bengkak EDEMA dikaki krn ACCIDENT.

Nak buat camana…nama pun accident..kaki kena hentak masa accident…bengkak je le..Kadang2 tulang patah pula tu….Buh Simen pula.

Bengkak EDEMA di kaki…+ URAT2 mcm ular timbul dari kaki ke celah kakang = VERICOSE VEIN. Banyak lagi sbb2 Edema……

Camana Cara Mengubati Kaki bengkak?
  1. Angkat kaki setiap kali berbaring, iaitu letakkan kaki lebih tinggi dari dada.
  2. Kurangi makanan garam atau masin.
  3. Jangan duduk atau berdiri terlalu lama.
  4. Gunakan stoking khusus pada kaki yg bengkak.
  5. Jumpa doctor anda untuk pastikan samada EDEMA kaki anda ni bersangkutan penyakit atau tak?
Dah ke picit kaki anda atau kaki keluarga anda? EDEMA kaki anda yang mana satu??

Kredit:- Dr. Abdul Rahim



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.