Header Ads

'Saya Hilang 2 Orang Kawan Disebabkan Rokok, Seorang Kanser, Seorang Lagi Strok'




"Rokok murah dengan mahal, sama saja. Tak banyak beza pun."

Inilah jawapan yg sya sering dpt dari org yg merokok.. tapi sebagai "tukang bekam part time".. sya nak kongsi sikit apa yg sya nampak bila bekam orang..

Jujur sya katakan.. darah org yg dibekam.. mmg takde yg ok.. kebanyakannya pekat, merah kehitaman (toksin tinggi).. berminyak (kolestrol).. ada cecair kekuningan (urik asid) & kadang2 berbuih (angin yg banyak)..

TAPI !! Bila sya bekam org yg merokok.. darah diorang mmg lagi "SPECIAL".. pekat, berketul2 & merah kehitaman.. boleh dikatakan semua perokok akan keluar darah yg hampir sama setelah berbekam..

TAPI !! Ada perokok darah dia lebih teruk.. merah kehitaman yg sgt2 pekat.. sampaikan sya pun tak pasti.. darah ke minyak hitam? Kenapa teruk sangat? Bila sya tanya.. "Abang merokok ke?" "A'ahhh.. mmg merokok".. jawab brader sorang nie..

Sya tanya lagi.. "Abang isap rokok mahal ke murah?".. dgn pantas dia jawab.. "Rokok murah jer bro.. rokok sekarang mahal sgt!"

Bukan apa.. bila darah bekam dah keluar.. mmg susah hati sya dibuatnya.. nak beritahu atau tak? Kadang2 ada org tak suka bila kita cakap yg darah dia tak ok.. yer laa.. sya bukan doktor.. hanya seorang jurutera yg buat terapi bekam secara sambilan utk bantu org..

TAPI !! Kali nie sya kena beritahu.. kepada perokok diluar sana.. yang pasti bukan senang nak berhenti merokok.. Kena ada usaha utk berhenti.. JANGAN hisap "ROKOK MURAH".. sbb kesan dia lebih teruk!! Kurangkan dari 2 kotak sehari kpd 1 kotak sehari.. 1 kotak sehari.. pada 1 kotak utk 2 hari..

Saya hilang 2 org kawan rapat sbb rokok.. seorang KANSER & seorang lagi STROK.

Kelmarin.. kawan sya ada beritahu.. arwah neneknya kena kanser paru2 stage 4.. 6 bulan selepas tukar rokok yg dihisap kepada rokok murah.. ini mmg kisah benar!! Arwah meninggal pd bulan januari 2017 baru2 nie..

Sya mungkin dikecam oleh para perokok dgn status ini.. tapi sya teruskan juga sbb rata2 org yg sya ambil berat ttg perkara ini adalah kwn2 sya.. yg mana sya kenal dgn rapat.. mereka semua org yang baik2.. suami & ayah yg bertanggungjawab.. abang yg sentiasa ambil berat dgn adik beradik.. anak lelaki yg jaga mak ayah dgn ikhlas.

Takkan sya nak kwn2 & org yg sya ambil berat nie.. sakit & meninggalkan org yg tersayang.. disebabkan rokok nie.. serius tak berbaloi. Jadi.. sya ambil keputusan utk beritahu secara umum.. pd yg membaca.. diharap dpt berikan sedikit semangat baru utk korang berusaha berhenti merokok..

Saya doakan yg terbaik utk semua.. terutama kwn2 sya & org2 yg pernah sya bekam.. semoga korang diberikan kekuatan utk berubah.. Dan dikurniakan kesihatan yg lebih baik. In Shaa Allah..

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.