Header Ads

Tunang Kena Langgar Depan Mata 30 Tahun Dulu, Pakcik Ini Nekad Tak Akan Berkahwin Sampai Bila-Bila




Selalu kita baca kisah suami, tunang atau teman lelaki curang. Dan ada yang kata lelaki setia sangat sukar untuk dicari. Namun, seorang pengguna Twiiter @yon_shappler berkongsi kisah sedih seorang pakcik yang jarang kita dengar. 

Ini kisah seorang pakcik. Nama dia Abdullah bin Mohammed. Cerita hidup dia sangat sedih.

Cerita dia mcm ni. Dia sebatang kara. Takde wife takde anak. Sorang diri di hospital. Dia duduk sebelah katil aku

So td aku pon saje tergerak hati tanya pakcik ni. 'Pakcik sorang ja ka? Mana anak bini?'

"Pakcik takdak sapa2. Pakcik sorang2 dari dulu". So aku tnya la kenapa sorang2? Kenapa tak kawin. Ok here we go

So dia jawab "dulu pakcik ada tunang". Aku pun tanya lagi. Putus tunang ka ? Tak. Tunang dia meninggal sebab accident

Satu hari, ada concert XPDC kt damansara around 30 years ago. So dia ajak tunang dia prgi konsert tu. At first tunang dia taknak ikut

Pstu dia mcm ajak jgk tunang dia ikut. Naik RXZ lampu petak dia. Masa ni dia gurau lg. "Zaman RXZ ni zaman muda pakcik la"

So tiba kt bukit apa ntah kt damansara, dia dgn tunang dia accident. Dia patah kaki. Tunang dia luka sikit2. But masatu dia tersepit motor

Utk selamatkan pakcik tu, so tunang dia lari p kt pakcik tu. Then ttiba ada lori langgar and seret tunang dia depan mata dia

Tunang dia mati kt situ. Depan mata pakcik tu.

Pakcik Abdullah cakap, sampai sekarang dia tak maafkan diri dia. Sebab tu dia tak kahwin2. Dia takkan lupakan tunang dia ni.

Aku memula mcm pujuk laa pakcik ni. Bukan salah dia. Pstu aku pusing tepi nk ambik fon. Tgok2 dia dh menangis

Sumpah rasa bersalah gila. Dia menangis tu seolah2 tunang dia baru je meninggal pagi tadi. Padahal dah 30 tahun lebih dah.

Sumpah hati aku sebak. Ntah kenapa menitik air mata. Weh mana nk cari lelaki setia mcm ni dah zaman skrg.

Kalau jd kt diri aku, rasanya aku tak sekuat pakcik ni. Ntah mampu ke tidak aku nk tanggung perasaan mcm ni.

Mungkin benar, lelaki seperti pakcik Abdullah ini jarang sangat ditemui. Satu dalam sejuta barangkali. 



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.