Header Ads

Dari Bentuk Pusat Seseorang, Dapat Dilihat Tahap Kesihatan & Sifat Peribadi Dirinya. Anda Yang Mana Satu??



Ada pelbagai bentuk pusat manusia, dan ini adalah salah satu anggota tubuh yang sering diabaikan ramai, kecuali jika anda seorang yang kerap membersihkannya setiap hari. Soalan buat anda, pernah tak memperhatikan bentuk pusat anda?

Untuk pengetahuan anda, kesihatan dan sifat peribadi seseorang dapat dilihat dari bentuk pusat.

Pertama, bentuk pusat yang seperti tombol (ada benjolan) biasanya orang yang memiliki tenaga kuat, seperti Giant dari komik jepun Doraemon. Namun, harus berhati-hati kerana ada kemungkinan anda menderita hernia.

Kedua, pusat yang bentuknya menonjol, biasanya mudah terdedah terhadap virus seperti flu.

Ketiga, pusat yang bentuknya sedikit mengulung biasanya orang yang susah membuang air besar, atau proses pencernaannya kurang lancar, berisiko susah menurunkan berat badan.

Berikutnya, pusat yang bentuknya seperti biji almond cenderung menderita sakit otot dan migrane.

Terakhir, pusat yang bentuknya seperti huruf U pula berkemungkinan menderita penyakit kulit dan masalah ginjal.

Sudah tahu mengenai kaitan pusat dengan kesihatan, bagaimana pula dengan sifat seseorang? Semak berikut ini.

Bulat


Bentuk yang bulat dan dalam, menandakan dia seorang yang optimistik. Dia selalu melihat sesuatu dari sisi yang cerah. Pintar dalam berkomunikasi, ada hubungan yang baik dengan sahabat dan keluarga. Selain, kewangannya juga lumayan.

Besar


Ukuran yang besar dan dalam, menandakan keuntungan. Sifat bijaksana, murah hati dan unggul dalam pengurusan. Kemungkinan akan gagal beberapa kali di usia muda, namun akan menjadi seorang yang berjaya di usia tua, khususnya pada usia 40 tahun ke atas.

Kecil


Pusat jenis ini menandakan kelemahan dan sifat negatif. Kebanyakkan tugas atau pekerjaan yang tidak menjadi. Jadilah lebih positif!

Menonjol


Pusat yang menonjol, bermaksud sikap keras kepala. Biasanya sukakan perhatian, sering dimanfaatkan oleh orang lain. Sebaiknya jangan suka menjadi penjamin orang lain dengan mudah.

Ke Atas


Pusat ini merupakan bentuk ideal. Dia mempunyai sifat peribadi yang ceria, mudah beradaptasi dengan orang lain, bertenaga, dan mudah meraih kejayaan.

Ke Bawah


Bentuk pusat yang mengarah ke bawah, bermaksud kurang bertenaga, selalu meninggalkan pekerjaan yang belum selesai.

Oval


Pusat ini biasa dimiliki oleh orang yang agak ragu-ragu, selalu berfikir terlalu banyak dan melepaskan banyak peluang.

Lebar


Pusar yang lebar menandakan dia memiliki kewaspadaan yang tinggi, selalu curiga, dan memiliki kemahuan yang besar. Sebaiknya, jadilah seorang yang lebih terbuka dan berkomunikasi untuk membawa keuntungan yang baik.

Berpusar


Biasanya dimiliki oleh orang yang kerap gagal dalam soal cinta. Baru bercinta sekejap… dah putus. Tak sempat nak ber’cia cia cia’. Dalam soal kesihatan pula, harus lebih diperhatikan.

Huruf “Y” Terbalik


Baik lelaki mahupun perempuan, soal kewangan, kesihatan dan keluarga, anda sangat bagus.

Sudah tahukan kaitan bentuk pusat dan sifat peribadi. Sebaiknya, sifat peribadi kita yang kurang baik kita ubahlah segera. Sila kongsikan kepada sahabat handai dan keluarga jika difikirkan bermanfaat.

Sumber: Elite Readers



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.