Header Ads

Di Saudi, Dua Adik Beradik Ke Mahkamah Hanya Untuk Berebut Hak Penjagaan Ibu Kandungnya. TAPI Di Malaysia..



Di Malaysia realitinya anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang/geran tanah, rumah dan harta yang lainnya.. Tapi, Di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya... MasyaAllah

*SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH*

Dua Orang Adik Beradik (Di Saudi Arabia) Bergaduh dan Merebut Hak penjagaan ibu Hingga ke Mahkamah.

Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dgn air mata yg bercucuran air mata hingga membasahi janggutnya...

Kenapa?

Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah!!! Tentang apakah kekalahan dgn saudaranya?? Tentang tanah ?? atau harta???  Bukan kerana itu semua!!

Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yg sudah tua & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yg telah kusam, Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yg selama ini menjaganya, Tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain, Untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dll di kota jauh lebih baik daripada di desa.

Namun Hizan menolak dgn alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya. Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, hingga berlarutan ke mahkamah!! Sidangpun bermula,, hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah..

Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yg sudah tua yg beratnya sudah tdk sampai 40 Kg!! Hakim bertanya kpdnya, siapa yg lebih berhak tinggal bersamanya. Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk ke Hizan, “Ini mata kananku!”

Kemudian menunjuk ke adiknya sambil berkata,  “Ini mata kiriku!!

Hakim berpikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan, berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu!!

Betapa mulia air mata yg dikeluarkan oleh Hizan!!

Air mata penyesalan kerana tdk dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut!! Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu!! direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini,,!!

Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya!!

Ini adalah pelajaran & pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua,, dizaman yg sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka

“Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya!!” Aamiiin!!!

*Aamiin ya Rabbal'alamiin*




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.