Header Ads

Dunia Semakin Canggih, Hati-hati Kaum Wanita Dan Juga Lelaki..Kamera Tersembunyi Dalam Penyangkut Baju..



SEREMBAN: Seorang penuntut perempuan sebuah pusat pengajian tinggi di sini, telah menjumpai sebuah kemera tersebunyi di dalam satu unit penyangkut baju di dalam tandas sebelum membuat laporan kepada pihak kolejnya, lapor Sinar Harian.

Dia dieprcayai telah terlihat lubang pada penyangkut baju itu dan berasa curiga sebelum membuat keputusan untuk memeriksanya.

"Sebaik saja membuka penyangkut baju itu, pelajar itu mendapati terdapat memori kad pada penyangkut baju berkenaan, sebelum mendapati bulatan kecil di hadapan penyangkut baju itu merupakan sejenis kamera.

“Pelajar itu kemudian membuat aduan dan menyerahkan peralatan itu kepada pihak kolej," katanya.





Puenyangkut baju yang mengandungi kamera berkenaan telah diserahkan kepada pihak teknologi maklumat (IT) kolej terbabit.

"Setelah diperiksa dalam memori kad itu, jelas mengandungi dua jenis video di dalam kamera berkenaan. Bagaimanapun, video itu bukanlah video yang tidak senonoh,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis sudah merakam percakapan pengadu dan pelajar yang menjumpai alatan tersebut untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam memasang alat penyangkut baju berkenaan.

Sumber: Siakapkeli.my



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.