Header Ads

GEMPAR: 2 Ekor Singa Kesayangan Agong Mati Dipatuk Ular. Ini Apa Yang Agong Kita Buat Pada Penjaga Singa Baginda!..



BACHOK, (Bernama) -- Sesuai dengan perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mempunyai sifat menyayangi haiwan, dan antara yang amat diminati Seri Paduka ialah singa.

Baginda pernah memelihara tiga ekor singa - dua betina dan seekor jantan.


Namun dua ekor singa betina itu mati akibat dipatuk ular.

Menceritakan kejadian, Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda berkata, beliau cukup merasa reda melihat Tuanku Sultan tidak murka semasa dimaklumkan berkenaan kematian singa itu.


"Sebaliknya baginda mendengar dengan teliti setiap laporan termasuk laporan pakar perubatan haiwan yang dipersembahkan kepada baginda," kata Tuan Ngah yang telah 18 tahun berkhidmat di Royal Kelantan Endurance, di mana haiwan kesayangan baginda dipelihara.

"Baginda mula memelihara tiga ekor singa itu sekitar September tahun lepas yang dibeli dari Afrika dan ditempatkan di sebuah kandang khas berkeluasan 4 hektar," kata Tuan Ngah ketika ditemui Bernama di sini.

Tuan Ngah berkata pihaknya melakukan persiapan kira-kira enam bulan bagi menempatkan tiga ekor singa itu merangkumi pembinaan pagar elektrik, dua buah gua untuk singa berehat dan dua kandang khusus untuk memberi makan haiwan berkenaan.

"Seekor singa akan diberi makan dua hari sekali iaitu daging segar seperti lembu, kerbau atau kambing sebanyak empat kilogram.

"Bagi mengelakkan singa-singa berkenaan bosan, kami akan melepaskan beberapa ekor ayam agar singa-singa itu dapat mengekalkan kecergasan mereka," katanya.

"Baginda mahu semua haiwan yang dipelihara di sini berada dalam keadaan baik, selamat dan sihat.

"Baginda melawat kawasan ini sekurang-kurangnya dua kali sebulan," katanya.

Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan 'mini safari' di kawasan seluas 74.76 hektar yang turut merangkumi 12.14 hektar kandang singa sahaja.

Katanya, safari itu yang terletak di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini, kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.

Tuan Ngah berkata, baginda gemar menyumbang daging haiwan peliharaannya seperti kambing dan rusa kepada penduduk miskin serta anak yatim di kawasan sekitar.

Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan 'mini safari' di kawasan seluas 56.65 hektar di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini.

Tuan Ngah berkata Royal Kelantan Endurance pada asalnya adalah litar lumba kereta 'go-kart' dan kandang kuda selama puluhan tahun, namun kawasan itu bertukar menjadi mini safari berikutan minat mendalam baginda kepada haiwan.

Katanya, safari itu kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.