Header Ads

Ini Luahan Bapa Dan Adik Benjy Setelah Ditahan Polis Di Indonesia




Pelakon Benjy kini ditahan pihak polis di Indonesia kerana kes bahan terlarang.

Menerusi laporan BH Online, bapa Benjy, Khairil Anwar ZM Rashidi mengatakan dia hanya mengetahui hal anaknya itu dari pihak media

Khairil Anwar yang lebih mesra disapa Karl berkata, dia tiada apa yang boleh dijelaskan lagi apatah lagi keadaan dirinya kini yang sedang uzur.

Ini komennya:

"Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media.

"Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat," 


"Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?,"

Difahamkan, Khairil Anwar yang berumur 65 tahun, kini berada dalam keadaan tidak sihat akibat penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.

Perkara ini disahkan oleh adik Benjy bernama Elza:

Ini komennya:

TQ for your concern. But our family would like some privacy, especially our father who had a minor stroke recently. Hope media understands.

Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan yang melanda.

Sumber: beritamemey



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.