Header Ads

'Kawan-Kawan Yang Masih Merokok Tu, Berhentilah..." Lelaki ini Kongsi Kisah Hidungnya Terpaksa Dibedah, Biarpun Sudah 5 Tahun Berhenti Merokok



Tiada siapa yang boleh menolak jika perbuatan merokok disamakan dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, rata-rata perokok bersetuju perbuatan itu boleh mendatangkan keburukan pada tubuh badan mereka.

Sebelum ini, pernah viral kes seorang lelaki yang bocor paru-parunya akibat merokok. Hari ini, viral pula kes seorang lelaki yang menggunakan nama Facebook Adriz Adil Putra yang menceritakan kisahnya yang terpaksa menjalani pembedahan hidung akibat rokok.


Adriz membuat posting itu di Facebook semalam dan kini telah dikongsi hampir 3,000 kali.

"Assalamualaikum," tulis Adriz memulakan posting tersebut.

"Peringatan kepada kawan-kawan yg masih merokok. Berhenti lah merokok. Saya terpaksa jalani pembedahan bagi memotong tisu dalaman hidung supaya saya boleh bernafas menerusi hidung saya semula.

"Dipendekkan cerita, beginilah.... Saya sudah merokok selama lima tahun. Kini, sudah lima tahun saya berhenti.

"Beberapa tahun selepas saya mula merokok, saya mula diserang asma dan radang hidung dalaman yang menyebabkan saya susah untuk bernafas. 

"Satu hari, saya diserang asma dengan teruk sehinggakan saya nekad berhenti merokok untuk kebaikan." tulis Adriz.

Menurut Adriz, biarpun dia sudah lama berhenti, kesan akibat merokok masih lagi 'menghantui' dirinya apabila tisu hidung dalamannya membengkak sehingga dia tidak mampu bernafas melalui hidung.

"Biarpun saya sudah berhenti, semuanya dah terlambat. Bahagian dalaman saya sudah rosak dan semakin teruk. 

"Dipendekkan lagi, saya menerima banyak lagi serangan asma. Selain itu, tisu hidung dalaman saya membengkak sehingga saya tidak mampu bernafas melalui hidung langsung; menyebabkan saya terpaksa menjalani pembedahan," kata Adzrin.


Dalam masa yang sama, Adriz turut menasihati mereka-mereka di luar sana yang merokok supaya berhenti dari membuat perbuatan tidak berfaedah itu.

"Saya tak perlu jelaskan secara terperinci tentang bulan-bulan penderitaan saya. Kesimpulannya, saya sebagai bekas perokok faham yang nak berhenti rokok memang susah. Janji kita cuba. Siapa yang langsung tak ada rasa salah sebab rosakkan diri dengan rokok, padan muka lah bila kau sakit nanti." tulis Adriz sebelum mengakhiri posting itu dengan ayat pendek "Salvation lies within". - FB Adriz

Sumber: Siakap Keli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.