Header Ads

Kegilaan Apakah INI? 4 Pelajar Perempuan Didakwa Melakukan Hubungan Seks Dengan Memasukkan Botol Wangian Dalam Kemaluan Pelajar Lain..



Melaka: Empat pelajar perempuan yang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Lereh, di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan penghuni lain.

Keempat-empat tertuduh yang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan objek iaitu sebotol pewangi ketiak ke dalam kemaluan remaja perempuan berusia 16 tahun pada 5 petang di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Tanjung Kling, 9 April lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan dengan sebat.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon jaminan tidak dibenarkan dengan alasan bimbang seorang daripada tertuduh akan menghilangkan diri kerana akan tamat tempoh perintah tahanan di sekolah pemulihan akhlak, Mei ini manakala tiga yang lain pada tahun depan.

Bagaimanapun beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 setiap tertuduh sekiranya mahkamah membenar jamin dan syarat tambahan dikenakan.

Semua tertuduh yang diwakili Peguam Bela Andrew Lourdes memohon tertuduh dibenar jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan semua berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Tertuduh juga diperintah untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi perbicaraan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes.

Sumber: Harian Metro



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.