Header Ads

Kes 5 Sekeluarga Disembelih. Rupa²nya Seorang Kanak² 4 Tahun Terselamat. Akhirnya Dia DEDAHKAN Dalangnya !!!



Tidak dapat dibayangkan betapa takutnya budak berusia 4 tahun yang menyaksikan sendiri kedua orang tuanya, abang dan kakak serta neneknya dibunuh dengan kejam dihadapan matanya sendiri.

Semalam telah viral berita satu pembunuhan 5 sekeluarga maut disembelih yang berlaku di medan (melayu deli) Indonesia pada ahad 9/04/2017 kira kira jam 09:00 pagi.

Dalam kejadian tersebut mangsa seorang kanak-kanak 4 tahun yang bernama Kinara yang selamat, cedera di bahagian muka, mata dan kepala sempat bersembunyi di bawah katil selepas menyaksikan anggota keluarganya dibunuh.

Menurut kinara, pada malam itu rakan ayahnya adalah orang yang terakhir datang ke rumah mereka. “Ada kawan ayah datang malam-malam” katanya pada pihak polis sambil menangis memandang sekeliling.

Katanya lagi dia bersembunyi di bawah katil selepas melihat leher abang, kakak dan ibunya mengeluarkan darah di sembelih oleh dua orang lelaki.

Pada hari penemuan mayat 5 sekeluarga itu, kinara dijumpai tidak sedarkan diri dibawah katil, mungkin pengsan akibat terlalu takut.

Bagimanapun kini kinara dirawat di hospital Deli Serdang sementara kelima ahli keluarganya telah pun dikebumikankan kira kira jam sebelas pagi tadi.

Walaubagaimanapun pihak polis Medan Deli masih lagi belum menangkap mana-mana individu yang didakwa memiliki kaitan dengan kes ini.

Sumber: Eberita



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.