Header Ads

Lipstick Berkerak? Ni 5 Cara Yang Betul Untuk Elakkanya



Malunya kalau dah penat-penat make up cantik, bila terakhir sekali nak pakai lipstick jadi berkerak pula. Bibir yang merekah dan lipstick yang berkerak adalah satu kombinasi yang tak best. Kat mana silapnya eh? Mungkinkah kualiti lipstick tersebut, atau cara pemakaian lipstick yang salah?

Cuba ikuti 5 cara ni untuk elakkan lisptick pada bibir jadi berkerak. 

#1 Bersihkan kawasan bibir

Ini adalah step yang paling penting. Bersihkan dulu bibir korang. Paling bagus guna berus gigi untuk berus bibir tu untuk buang kotoran dan kulit mati. 

#2 Lembabkan bibir

Kemudian sapu lah bibir dengan pelembab bibir

#3 Guna primer atau bedak asas (optional)

Kalau tak ada primer, boleh je gunakan bedak asas kat bibir tu. Tapi jangan lah tebal sangat. Betul, sapu bedak pada bibir :)

#4 Jangan terlalu tebal

Nak nampak bibir pakai lisptick, ramai yang sapu terlalu tebal. Silap tu. Yang paling penting seluruh bahagian bibir disapu rata.

#5 Tambah lapisan baru

Untuk elakkan bibir kering merekah dan lipstick jadi berkerak. Bila nak touch up, pastikan cuci dulu bahagian yang lama. Bila main touch up je, memang akan berkerak dan tak lawa! 

Kredit: ERA fm



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.