Header Ads

"Mertua Ingat Saya Kikis Duit Suami, Padahal Saya Ada Duit Sendiri"




Saya seorang freelancer model busana muslimah. Walaupun dah kawin saya masih dapat tawaran ni dan suami saya mengizinkan saya meneruskan kerjaya saya ini.

Suami saya anak ketiga dari 5 orang adik beradik. 3 dah berkahwin dan 2 lagi tinggal bersama mertua saya. Untuk pengetahuan semua, keluarga mertua sy memang jenis alim dan rumahnya memang selalu hidup dengan ibadah.

Masa mula2 kawin, sy agak kekok kerana sy rasa sy sgt berbeza dgn adik beradik suami saya. Yang perempuan bertudung labuh, yang lelaki sgt menjaga pandangan. Saya pula jenis bertabarruj. Pakai lens berwarna, mekap, tdung tutup dada tapi tidak menutupi bahu. Saya amat segan apabila pulang ke rumah mertua.

Sy sbgai freelancer model memang selalu mekap, jadi bila di luar, sy rasa tidak yakin apabila tidak mekap. Pernah suatu hari, sy mengikuti keluarga mertua pergi ke kenduri kawin saudara suami. Memang sy seperti biasa mekap, lens.. dan sy pakai kain mermaid (agak ketat) tetapi sy kenakan dengan blouse labuh.

Mungkin biasa bagi sy tp tidak bg keluarga mertua sy. Keesokan harinya, ayh mertua sy forward msg di group wasapp family, tentang wanita. Dlm msg tu ada disebut tentang pakaian longgar, tidak bertabarruj dll. Sy rasa sgt malu ketika baca msg tu kerana sudah terang lagi bersuluh msg tu memang ditujukan pada sy. Sy rasa sgt rendah diri. Sejak dari tu, memang sy rasa dh malas nk join fmily mertua nk g jalan2 or bercuti mana2..

Ibu mertua sy juga baik. Namun kdg2 sy agak tidak serasi sebab ibu mertua suka orang ikut cakap dia. Ye memang ank2 dia sgt patuh pada arahan ibu mertua, tapi agak sukar bagi sy sebab ia melibatkan pilihan sy.. sebagai contoh, sy pernah ke kedai barangan dengan ibu mertua. Saya nk beli bekas rempah yg berharga rm25. 

Memang sgt2 cantik, tp ibu mertua menghalang sekeras2 nya dengan alasan yang kedai rm2 lagi cantik. Ya Allah, saya nk beli nak letak kat rumah saya, kenapa ibu mertua menghalang keras.. saya bayar sendiri kot.. memang banyak lagi yang sy suka saya tak boleh buat. Contoh bila balik umah mertua, saya suka masak, buat dessert. Bila bahan tak cukup, saya nak g beli la sebab nanti tak sedap. Tapi mertua menghalang keras dan suruh saya guna bahan yang ada je. Memang jadi tak sedap la kan.

Yang saya igt sampai harini, masa saya pregnant itu hari. Masa tu bulan puasa. Sy nak sangat minum soya. Suami dh siap nk keluar, lepas mertua tahu nak g beli air, terus dihalang sekeras-kerasnya. Dengan alasan membazir dan suruh buat sendiri je. Air soya kot saya nak minum macammana nak buat. 

Suami pun patuh je arahan dia. Saya terasa sgt. Tapi tu la nak dijadikan rezeki, dah nk masuk waktu berbuka, tiba2 ada jiran bagi soya, katanya dia beli lebih. Dapat la jgk sy minum soya haritu.

Masa nak beli baju raya pun macam tu. Sy dh beli. Dia tanya harga berapa, sy cakap rm200 sepasang. Bagi sy biasa sebab sebelum2 ni pun dan masa bujang pun memang saya pakai baju range harga macamtu. 

Lepas tu mertua sy tanya dh baju suami harga berapa? Suami sy ckp baju melayu murah sikit beli yang rm120.. lepas tu mertua sindir kenapa beli murah sgt, beli la yang rm200, tak adil la isteri je yang mahal.

Masa beli barang baby pun, memang dah banyak duit sy kumpul sebab nk beli barang baby, ecxited sgt.. memang duit dr jd freelance model agak lumayan + duit yang suami saya bagi. Bila nka beli je, macam2 ibu mertua pesan, beli baju 5 pasang je, pakai lampin jangan pakai pampers sebab membazir. Suami saya mcm nak ikut ckp mak dia, tapi nasib baik saya ada duit sndiri, so i can make my own decision.

Kadang2 gaduh jgk kami, tapi bila adik beradik ipar dengar sy marah2 suami sy, terus mereka post kat fb pasal keburukan perempuan suka mekap, perempuan suka lawan suami. Dia belum alami alam perkahwinan tak payah nak masuk campur la hal orang kawin.

Kadang2 mertua nampak macam saya banyak guna duit suami. Pdahal sy ada duit sndri, simpanan sndri. Kereta yang sy guna, sy bayar duit sy, road tax insurance minyak just my own. Suami saya ada bagi nafkah, tapi sy jadikan simpanan.

Sy berharap suatu hari nanti, kalau sy jadi mertua, sy xjadi yang jenis suka jaga tepi kain anak menantu. Tak salah ambil berat, tapi jangan terlalu berlebih. Nasihat dan memaksa dengar nasihat tu dua perkara yang berbeza. Itu shj, terima kasih.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.