Header Ads

Najip Ali Sah Digugurkan Dari Maharaja Lawak Mega. Digantikan Dengan Datuk Aznil Nawawi Sebagai Juri Tetap MLM..



PENGACARA terkenal Datuk Aznil Nawawi dipilih bagi mengisi kekosongan kerusi juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017).

Menerusi kenyataan rasmi stesen penyiaran Astro, Aznil akan memulakan tugasnya bermula siaran malam ini.

"Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan Maharaja Lawak Mega untuk peminat, tenaga produksi telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini," demikian menurut kenyataan itu petik Mstar Online.

Bagaimanapun wakil Astro enggan memberikan komen lanjut mengenai pemilihan Aznil sebaliknya akan mengadakan sidang media pada malam ini

Sementara itu Aznil, 55, juga gagal dihubungi kerana difahamkan masih dalam perjalanan pulang dari London.

Difahamkan lantikkan Aznil ini bagi menggantikan Najip, 50, yang terpalit kontroversi mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan OK Chope!"

Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: "Najib slams... for threatening Malaysia's progress". Para peserta program itu termasuk Najip, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Sumber: Sinar Harian



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.