Header Ads

Rasa Teruja Bila Kena Jadi BridesMaid Untuk Majlis Kahwin Kawan Baik, Tetapi Akhirnya Dilayan Seperti Kuli



Sumber foto | ikahwin.my

Siapa yang tak terujakan bila kawan baik kita akan mendirikan rumah tangga dan kita sebagai kawan pastinya akan memberikan apa-apa sahaja bantuan demi memastikan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar. Tetapi lain pula jadinya dengan kisah sekumpulan wanita ini apabila dipergunakan oleh kawan baik sendiri. Ikuti perkongsian yang menarik ini.

Behind The Scene: Bridesmaid

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih sebab up cerita aku, aku di sini mewakili salah seorang bridesmaid nak mencelikkan minda netizen tentang behind the scene as a bridesmaid. So lets the story begin.

Sebagai seorang member, bila member baik kau kahwin, mesti kau tak akan terlepas daripada menjadi senarai list sebagai bridesmaid dia. Begitu lah yang aku alami. Bila aku dapat berita ja kawan baik sendiri nak kahwin mesti lah aku excited. Mostly orang cakap bila pengantin adakan bridesmaid ni mesti ada bajet untuk buat baju bridesmaid. 

Hell no to us because kawan aku cakap “boleh tak kita buat collection as you become my bridesmaid”. Dan aku sebagai kawan tak kan nak cakap no. So dengan rela hati aku agree je lah sbb dah hari bahagia kawan aku kan. So start lah investment on the fabric and tailoring so on dgn duit sendirian berhad.

Part kedua bermula when aku ambil cuti daripada kerja memandangkan kenduri kawan aku on weekend sbb perjalanan ke tempat kenduri jauh. Tapi boss tak bagi cuti, jadi aku guna cuti weekend je lah. Dia kenduri di utara aku bekerja di Selatan. Makan masa dalam separuh hari nak kesana. Nak naik flight agak mahal sbb out of budget. Jadi sesampai nya aku dan bridesmaid yang lain (ada dari timur dan etc memandangkan kitaorang dah habis belajar dan bawa haluan masing2). 

Si pengantin pun ambil kitaorang di stesen bas dan sesampainya kitaorg di rumah dia kitaorg disambut “Korang nak jadi bridesmaid sangat kan… nah tolong gantung langsir ni kejap”. Aku punya respond ok je but dalam hati agak hurt jgk at least tanya lah kitaorang how was your day ke apa. Jadi kitaorang sampai2 letak barang tanpa rehat buat lah kerja rumah. Pasang langsir, buat pelamin pun kitaorg buat memandangkan family si pengantin ni agak islamic, ayah dia tak bagi sangat ada2 pelamin bagai ni, tapi dah kawan aku yang nak jugak untuk bergambar. Kitaorang pun dengan rela hati merealisasikan impian kawan kitaorang, set up lah satu mini pelamin memandangkan salah seorang daripada geng kitaorang event planner.

Then habis tu ada lagi ye, kitaorg yg siapkan doorgift 2000pax memandangkan adik beradik dan sepupu sepapat datang tunjuk muka waktu malam kenduri je. Mmg directly task banyak gila dan penat gila. Dengan tak mandi korang boleh bayang lah macam mana ek. Sesi malam punya cerita, ada majlis berinai kecil kecilan. Part ni kitaorang jadi dayang dayang pulak menghidang makanan dekat sepupu sepapat kaum kerabat keluarga si pengantin. Kawan aku yg sorang dah hangin sbb rasa kena layan macam kuli tapi suruh relax je lah sebab hadap sehari je lah.

Malam tu dalam pukul 2 pagi jugak kitaorang dapat kendiri. Keesokan harinya terpaksa bangun pukul 5.00 pagi sebab nak bersiap2 sbb nak bawa pengantin make up pukul 7.00 pagi. Dah tempat make up dalam 30km. Aku pun tak paham apesal kawan aku si pengantin ni pergi cari punya lah jauh, akad nikah pukul 10.00 pagi. Aku lah jadi driver memandangkan skill drive aku tahap fast furious hahahaha. Pastu sbb jauh giler tempat make up masa lari sikit, aku terpaksa hntr pengantin dulu lepas tu balik rumah pick up hantaran dekat rumah. Alhamdulillah sekali lafaz kawan aku jadi bini orang.

Pukul 12.00 start kenduri, masa tu aku jadi runner untuk bawak si pengantin make up skali lagi di butik yang sama. Aku sebenarnya wonder jugak kenapa tak panggil MUA make up dekat rumah je. Tapi aku malas lah nak argue apa2 dah orang punya hari bahagia kan. Start je kenduri kitaorg jaga pintu masuk bagi doorgift bersama ibu bapa si pengantin. Dengan berpeluh yang melekit dan tak selesa, di hujung-hujung ambang baru ada scene ambil gambar sambil bajet2 selfie. Itu pun berlangsung tak lama sebab sedara mara si pengantin asyik panggil kitaorang untuk buat kerja, kadang-kadang aku rasa out of scope pun ada bila kitaorang kena tolong refill air basuh tangan, hahahaha. Aku anggap tu sebagai ehsan tolong katering je lah.

Sesi petang ada outdoor photoshoot, guess what kitaorang tak involve pun dengan photoshoot session, know why sbb sebenarnya kitaorg baru tawu yang si pengantin sebenarnya ada bridesmaid lain (dalam 7 orang) her new housemates. Masa tu kitaorang rasa macam kitaorg being used. Agak butthurt tapi biarkan je. Jadi si pengantin pergi photoshoot kitaorang di rumah kemas rumah dan not to mention kitaorang yang cuci periuk. After that, malam aku punya tiket bas, si pengantin dan suamk hantar aku g terminal bas dan aku pun rasa nightmare aku dah lepas. Masa balik no word from any of her family or herself “thank you for helping me out”. Keesokannya aku pergi kerja macam biasa tanpa rehat.

Disebabkan peristiwa ni jugak aku malas buat bridesmaid masa wedding aku sebab aku nak meraikan kawan-kawan bukannya jadikan kuli batak.

- Bridesmaid nightmare -
 Qistina | IIUM Confessions



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.