Header Ads

Rumah Manusia Terkaya Ini Bukti Yang Jutawan Tidak Perlu Hidup Nak Menunjuk-nunjuk




Siapa yang tidak kenal Mark Zuckerberg ni, pengasas Facebook dan antara manusia terkaya di planet!

Pada usia yang muda, harta yang dimiliki oleh Mark sudah mengatasi kekayaan yang jutawan-jutawan yang lain. Dengan hasil titik peluh beliau sendiri untuk wujudkan laman sosial Facebook yang menjadi salah satu trend kehidupan kini, sudah pasti Mark beri inspirasi kepada ramai orang untuk maju kehadapan. Tidak cukup lagi, cara hidup Mark Zuckerberg memang tidak seperti jutawan yang lain. Daripada cara berpakaian sehingga ke rumah, semuanya biasa-biasa sahaja. Beliau juga tidak mempunyai orang gaji.



Baru-baru ini beliau telah memuatnaik satu video untuk mempromosikan ciptaan terbarunya, rumah pintar. Yang lebih menarik perhatian lagi, video tersebut dirakam di rumah Mark sendiri! Secara tidak langsung, beliau juga dedahkan bagaimana suasana rumahnya.



Jika dilihat dengan teliti, suasana rumah Mark begitu sederhana. Tiada hiasan keemas-emasan, meja makan yang mewah, kolam renang seluas lautan. Ini membuktikan, orang yang betul-betul kaya, mereka tidak akan menunjuk-nunjuk harta yang mereka dimiliki.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.