Header Ads

"Sampai Masanya Kita Akan Menyesal Kerana Tidak Habiskan Masa Bersama Ibu Bapa"




Ini bukan cerita kisah rumahtangga. Cuma ign berkongsi cerita sedih saya untuk mereka2 yg tidak punyai masa utk ibubapa. Kisah sy kisah Ibu yang garang. Mana tahu lps ni lebih ramai anak2 yg akan jenguk ibubapa di kampung.

Ibu sy garang di usia mudanya. Kini ibu sudah mencapai usia 91 tahun. Saya yg menjaganya sekarang sebab takde anak yg sudi nak jaga ibu sebab semuanya berkeluarga dan belajar (7 org kesemuanya) Saya bukan anak favourite sejak dulu lagi tapi saya tahu ibu syg juga pada saya. 

Langkah ibu tak segagah dulu. Dah bongkok. Lemah dan kurus. Namun begitu ibu enggan dibantu ketika berjalan. Teringat di usia kecil ibu kejar saya dengan parang, sebab taknak mandi je pun... gelak sy kalau igt masa kecil. Kuat ibu lari.

Ibu da tak igt saya... sebab dia hari-hari cerita along hilangkan rantai yang ibu bagi... dia kata along cuai. Tapi dia tak tahu sy lah Along! Ibu syg angah. Anak ksygn. Angah pandai.. kaya.. duduk KL. Ibu suruh telefon angah. Sy bgtahu angah sibuk, kalau tak mst angah telefon. Mgu dpn angah balik. Ibu gembira padahal sy tahu raya nanti kot angah balik. Itupun kalau bkn turn uma mertua la. Tak kisah la. Ibu bkn igt hari.

Hari ni sy masak ayam masak kicap. Sy cedok seketul ayam pada ibu. Ibu kata tak nak. Dia tak makan ayam. Sy pejam mata. Hati saya disiat-siat. Itu makanan kegemaran ibu kot. Ibu jgn nak tipu.... ibu hanya makan nasi putih dan ikan masin. Dia kata itu je yg dia boleh telan. Sy tak boleh menangis. Tolonglah air mata jgn keluar sbb ibu akan pelik tgk sy menangis nanti.

Ibu, pukul lah saya, kejarlah saya... cepatla membebel. Macam dulu. Walaupun sy pernah benci ibu sbb ibu cubit sy sangat garang tapi sy lebih suka ibu saya yg dahulu. Apa saya nk buat ni... sy ada sedikit masa je lagi nak bahagiakan ibu.

Untuk anak-anak (mgkin utk adik2 sy jg) yg masih ada ibu hargailah mereka. Sampai waktunya kita akan menyesal kerana tidak habiskan waktu bersama mereka. Untuk ibu, along rasa ibu adalah ibu terbaik. Harap kita punya masa yg lebih utk bersama. Nak ibu ada time along kawin nanti walaupun entah bila



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.