Header Ads

Watson Nyambek Buat Laporan Polis Terhadap TV3 Dan Penerbit Program Sukan Tak Sentral



Miri - Bekas pelari pecut negara negara, Watson Nyambek, membuat laporan polis terhadap saluran TV3 dan penerbit program Sukan Tak Sentral atas dakwaan menghina mendiang bapanya.

Program itu yang diterbitkan Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios), disiarkan oleh TV3 pada Sabtu malam lalu.

Watson, 41, yang ditemani isterinya Phylis Watson membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri pada jam 10 pagi tadi.

Laporan berkenaan adalah susulan seorang pengacara lelaki dalam program itu didakwa menghina bapa beliau dengan menyamakan bapanya dengan binatang.

Bagaimanapun pihak pengurusan dan pengacara terbabit sudah memohon maaf secara terbuka pada hari semalam.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.