Header Ads

'Alahai Lelaki Zaman Sekarang, Nak Kahwin Lain Tapi Nafkah Dan Solat Pun Tunggang Langgang'



Aku seorang isteri yang bekerjaya, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat manakala suami aku merupakan seorang pengurus syarikat. Apa yang aku nak confess di sini ialah kadang-kadang aku tengok gaya suami aku, dia agak lokek dengan aku, mungkin sebab aku bekerja. 

Tapi sedar kah anda wahai lelaki duit bekerja wanita tersebut adalah hak wanita tersebut dan suami tiada hak untuk mencampuri urusan kewangan si isteri. Kereta aku suami bayar, rumah half2 bayar, barang dapur, makanan dan etc berkongsi duit kami berdua. 

Keinginan? Aku penuhi sendiri, pernah sekali aku malas nak withdraw duit dekat ATM, dan pinjam duit suami untuk beli pakaian, kemudian dia cakap tu hutang nanti bayar balik. Hahahaha aku pun ok je lah.

Aku tak kisah sangat kalau kedekut tu, tapi kadang-kadang sembang kencang nak kahwin 2,3,4 (poligami), kadang-kadang aku wonder suami tak pikir ke keperluan isteri pun tunggang langgang, ada hati nak pasang 2,3,4. Heh! 

Aku seriously tak menentang pun isu poligami, kalau berkemampuan, kahwin je lah, kalau asyik mention hari-hari, naik menyampah pulak aku dengar. Seluar dalam bini pun, bini sendiri yang beli, suruh beli baju nightware seksi2 yang harga 300++, duit tak hulur, mungkin dia ingat beli pakai air liur mungkin.

Si isteri sebenarnya tak marah nak kahwin banyak ke apa, tapi kami ni tengok lah dari segi si suami tu, dekat si isteri pertama pun layan macam apa lagi, angan mat jenin je lah nak bagi kahwin lain. 

Si isteri bertungkus lumus galas tanggungjawab suami mencari nafkah, balik rumah kena kemas rumah pulak yang semak macam tongkang pecah, kena jaga anak, kena beranak, malam-malam kami yang celik mata menyusu, esok kena bangun bekerja pulak, tak mintak banyak pun sebenarnya, mintak suami hargai penat lelah kami ja, jaga hati dan setia, tak susah pun kan??

Perlu ka nak menipu message perempuan-perempuan yang bukan halal di sisi tu? Ada orang yang halal untuk di tatap di campur, sibuk cari makan luar, tak faham sangat macam mana pemikiran seorang lelaki ni. Kalau berkenan cakap, usaha untuk cari nafkah yang ke 2, ni nafkah yang pertama pun dah sesak sesak nafas. Hutang kahwin pun keliling pinggang lagi, ada hati nak kahwin lain. Cermin lah diri tu dulu.

Malas nak berleter banyak, sesiapa yang nak kahwin tu fikir lah empat lima kali, bukan mengenai cinta semata, melibatkan tangunggjawab dan lain-lain aspek lagi. Cinta sahaja tak bagi makan anak orang ye.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.