Header Ads

Anak Perempuan 2 Tahun Lemas Dalam Baldi Ketika Bersama Teman Lelaki Ibu




KANAK-kanak perempuan berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, Ipoh, semalam.

Dalam kejadian 5 pagi itu, Fatini Aleysha Abdul Karim disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat terjatuh ke dalam baldi.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang mahu membuang air besar dibawa ke tandas oleh teman lelaki ibunya berusia 31 tahun manakala ibunya berumur 41 tahun menunggu di kereta.

Sehubungan itu, ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan polis semalam bagi membantu siasatan dan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Ipoh.

Mereka dibawa ke mahkamah 10.30 pagi sebelum Penolong Pendaftar Wong Lok Hai membenarkan wanita berkenaan direman selama empat hari manakala teman lelakinya direman enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam baldi.

"Lelaki berkenaan membawa mangsa naik ke pejabatnya untuk membuang air besar manakala ibu mangsa menunggu di dalam kereta sebelum lelaki berkenaan turun dalam keadaan cemas dan memberitahu kanak-kanak itu jatuh ke dalam baldi.

"Mereka kemudiannya membawa mangsa ke HRPB sebelum disahkan meninggal dunia dan laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat lemas," katanya.

Sum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.