Header Ads

Bagaimana Bangladesh Boleh Terpisah Dengan Pakistan?



Selepas jatuhnya British pada tahun 1947, Bengal dipisahkan daripada Pakistan Barat sebagai salah satu daerah wilayah tersebut dan diberi nama sebagai Pakistan Timur. Dhaka pula dijadikan sebagai ibu negeri Pakistan Timur. Walaupun Pakistan Timur mempunyai sumber yang mencukupi dan demografi yang baik, namun seluruh kerajaan dan tentera Pakistan masih dikuasai oleh sebahagian besar golongan atasan di bahagian barat.

Kerajaan Pakistan yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan atasan bahagian barat telah mengisytiharkan Bahasa Urdu sebagai bahasa rasmi untuk seluruh Pakistan. Hal ini menyebabkan munculnya rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat di timur. Pada 21 Ogos 1952, pelajar Bengali di Pakistan Timur telah bangkit demi bahasa ibunda mereka dan telah menentang keputusan tersebut. Namun begitu, beberapa pelajar telah terkorban dalam pertempuran demi bahasa ibunda mereka ketika bertempur dengan pihak polis. Pengorbanan yang cukup bermakna oleh pelajar-pelajar tersebut diiktiraf sebagai Hari Bahasa Ibunda Sedunia bukan sahaja di Bangladesh tetapi di seluruh dunia.

Ketidakpuasan hati terhadap pihak di bahagian barat dalam isu kekuasaan ekonomi dan budaya membawa kemunculan Liga Awami sebagai suara politik paling berkuasa di Pakistan Timur. Pada 7 Mac 1971, Presiden Liga Awami dan Bapa Kebangsaan, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dalam ucapan yang penuh bersejarah di hadapan beratus ribu orang di Suhrawardy Udyan telah menyeru agar seluruh masyarakat di Pakistan Timur untuk melancarkan serangan menentang tentera Pakistan dan menyiapkan persediaan untuk Perang Kemerdekaan.

Selepas berlaku banyak krisis politik dan diskriminasi kedaerahan, Perang Kemerdekaan Bangladesh ( Muktijuddho ) pun meletus setelah Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Bangladesh, sebelum beliau ditangkap pada pagi 26 Mac 1971 oleh tentera Pakistan. Presiden Yahya Khan dan tenteranya secara rasmi melancarkan operasi berdarah yang dikenali sebagai Operasi Searchlight kepada orang yang berdosa di Bangladesh untuk menghapuskan gerakan nasionalis Benggala.

Kerajaan buangan telah dibentuk oleh ketua Liga Awami, yang secara rasmi mengangkat sumpah di Meherpur, di daerah Kustia, Bangladesh pada 17 April 1971, dengan Tajuddin Ahmad sebagai Perdana Menteri pertama dan Syed Nazirul Islam sebagai Pemangku Presiden. Sebuah pasukan bantuan dikenali sebagai Mukti Bahani ( Pejuang Kebebasan ) telah dibentuk dan ahli-ahlinya berasal daripada tentera Bangladesh dan para pejuang rakyat.

Diketuai oleh M.A.G Osmani , tentera Bangladesh telah disusun kepada 11 sektor dan, sebahagian daripada Mukti Bahini, untuk mengetuai sebuah perang gerila secara besar-besaran menentang tentera Pakistan. Semasa perang tersebut, seluruh dunia menyaksikan peristiwa Pembantaian Bangladesh 1971, dimana tentera Pakistan bersama pasukan militan agama mengadakan pembunuhan berskala besar melibatkan pembunuhan masyarakat Bengali, para intelektual, pemuda-pemudi, para pelajar, ahli-ahli politik, para aktivis dan golongan minoriti agama.

Di tengah-tengah pengorbanan yang tidak terkira oleh rakyat Bangladesh, tentera Pakistan akhirnya mengalah kepada tentera gabungan Bangladesh-India pada 16 Disember 1971. Selama 9 bulan panjangnya rakyat Bangladesh perlu berdepan dengan Perang Kemerdekaan Bangladesh dan akhirnya mereka memenangi perang pada hari tersebut.

Sumber: thepatriots



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.