Header Ads

Bestnya..Ingat Lagi Kisah Dua Sahabat Yang Kini Menjadi Madu? Ini Kisah Terbaru Mereka




"Ketika berbuka dan bersahur bagaikan tidak sempurna jika tidak bersama madu, justeru saya akan pastikan kami bersama.

"Alhamdulillah, tahun ini adalah kali pertama menjalani ibadat puasa bersama madu dan berasa sangat meriah selain memberi makna tersendiri buat diri saya,” kata Ida Nirwana Marzuki atau mesra disapa Ida, 26, yang teruja menjalani ibadat puasa bersama madunya, Norinie Rahmad, 35, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, sejak bermadu dan tinggal bersama di kediamannya dan suami, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, tahun lalu di Taman Permaisuri, Cheras, segala yang dilakukan termasuk rutin hariannya adalah bersama Norinie.

"Tak dapat digambarkan perasaan apabila masak berbuka dan bersahur sekali dengan madu. Sejak hari pertama menjalani ibadat puasa rutin harian adalah bangun seawal 4 pagi untuk bersahur bersama.

"Saya paling teruja apabila waktu memasak hidangan terutama bersahur kerana saya dan madu dapat bertukar idea mengenai menu istimewa yang akan dihidangkan untuk suami tersayang.

"Jadi, ia sekali gus menimbulkan suasana meriah termasuk pelbagai hidangan yang dimasak. Suami juga memang menggemari setiap hidangan yang dimasak oleh saya dan madu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya yang juga ahli perniagaan, Ramadan kali ini juga berbeza dari tahun sebelumnya apabila dia, suami dan madu bersama-sama menjayakan Vendoria Ramadhan 2017 yang sudah pun bermula sejak 26 Mei hingga 21 Jun ini di Putra Mall.

"Syukur, saya anggap ini sebagai rezeki bermadu. Majlis berkenaan turut dijayakan oleh barisan artis terkenal termasuk penyanyi Mawi dan pelakon Norish Karman.

"Kami bertiga memang agak sibuk sepanjang puasa ini namun saya akan memastikan setiap kali berbuka dan bersahur, ia dilakukan bersama suami dan madu.

"Sejak hari pertama berpuasa iaitu pada 27 Mei lalu, rutin harian adalah bangun seawal 4 pagi dan memasak hidangan untuk bersahur. Kemudian ke Putra Mall seawal 10 pagi bersama suami dan madu," katanya yang juga ibu kepada seorang anak lelaki.

Katanya, menjalani ibadah puasa bersama madu tidak menimbulkan sebarang masalah sebaliknya menjadikannya dan madu lebih akrab dan memahami tanggungjawab masing-masing.

"Setakat ini, suami juga 'ok' dan tidak cerewet. Jadi, memudahkan lagi saya dan madu menjalani kehidupan bersama.

"Buat masa ini, fokus kami bertiga adalah untuk menjayakan Vendoria Ramadhan 2017 iaitu membuka lebih 50 gerai jualan kepada usahawan di luar sana untuk mengetengahkan produk mereka.

"Jadi, masa kami bertiga memang banyak dihabiskan di Putra Mall," katanya.

Pada September 2016, Ida menjadi perhatian apabila memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan Norinie sebagai madunya.

Ia dilakukan atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak sendiri.

Malah, tindakannya untuk memujuk suaminya supaya menerima Norinie dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.

Sumber: Harian Metro


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.