Header Ads

Elak Beli & Guna 7 Produk Kosmetik Ini Yang Mengandungi Racun Berjadual - Kkm




PUTRAJAYA - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menggesa orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan tujuh produk-produk kosmetik yang tersenarai kerana dikesan mengandungi racun berjadual. 

Dalam kenyataan akhbar KPK diterbitkan 26 Mei itu memaklumkan, notifikasi bagi produk-produk terlibat juga telah dibatalkan berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan. 

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone dan tretinoin boleh menyebabkan kemerahan, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif. 

"Kesan dari pengguna hyroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif terhadap cahaya matahari. 

"Produk komestik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

"Selain itu ia boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan," kata kenyataan itu. 

Justeru, KKM memberikan amaran kepada penjual dan pengedar produk-produk kosmetik untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk yang tersenarai serta-merta. 







Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama. 

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. 

Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang awam yang masih menggunakan produk itu berhenti segera dan dapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. 

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh menghubungi talian 03-78835400. 

Sumber: The Reporter


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.