Header Ads

Gigih Wanita Hamil Puasa Sebab Rasa Bersalah Untuk Tinggal, Tapi Anda Patut Tahu Kesannya Pada Bayi!



Sepanjang bulan Ramadan, ramai yang mengejar barakah dalam amalan berpuasa dengan sempurna. Ini temasuk golongan wanita hamil, mereka gigih berpuasa kerana tidak mahu terlepas keberkatan di bulan yang mulia. 

Ada yang tak larat pun, malah beberapa kali muntah pun tetap nak teruskan. Agaknya ini tidak memudaratkan pada bayinya ke dan adakah mereka wajib berpuasa seperti biasa?

Nak tahu lebih dan tip berpuasa bagi wanita hamil, anda boleh baca perkongsian dari Medical Doctor, Medical Homeopath, Life Coach and Energy Healer, Dato Dr. Suriyakhatun Osman ini...

UNTUK WANITA MENGANDUNG

Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama. Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung mahukan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula.

Apa pula kesan untuk anak yang dikandung? Sebenarnya jika ibu yang mengandung;

1. kurang darah / kurang zat galian

2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya

3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur

4. makan tak betul (tidak ada nutrisi dan tidak seimbang) semasa berbuka dan sahur

5. ada penyakit yang menjejaskan penghazaman

6. ada penyakit kronik yang lain

7. hampir cukup bulan (bahaya prem labour kalau hypoglycaemic)

8. sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa

9. tekanan darah terlalu rendah

10. gestational diabetes (kencing manis waktu mengandung);

Ada kemungkinan puasa ibu akan menjejaskan perkembangan bayi dalam perut dan membawa masalah kesihatan yang kronik pada bayi.

Bagi wanita mengandung yang tiada masalah seperti di atas, kenalah nilai dengan penuh ikhlas niat dan sebab dia mahu puasa dan nakkan puasa penuh. (Mungkin lebih mudah untuk puasa selang-selang). Fikirkan juga bahawa puasa boleh diganti dan Allah swt dengan rahmat Nya telah mengizinkan untuk tidak puasa tetapi bila anak dalam kandungan terjejas, ia mungkin menanggung masalah kesihatan seumur hidup sebab bayi dalam kandungan sedang lalui proses 'development of organs' dan kurang nutrisi pada waktu tertentu dalam proses ini akan menjejaskan organ terlibat.

TIP PUASA BAGI IBU MENGANDUNG / MENYUSU

Sebenarnya sama saja nasihat saya untuk ibu yang dalam keadaan mengandung dan menyusu. Perlu awasi tanda-tanda hypoglycaemia dan juga dehydration.

Antaranya pitam, berpeluh sejuk, badan rasa lemah dan tak bermaya semasa berpuasa.

Dalam keadaan ini berbukalah, anda tidak diwajibkan berpuasa dan jika berpuasa, anda kena nilai kemampuan diri dan berbuka sebelum mudharat.

Tentang pemakanan pula, ibu yang menyusu dan mengandung perlu beri perhatian yang lebih tentang mutu makanan berbuka dan bersahur .

Antara yang mustahak...

1. Air, minum air kerap sepanjang malam. Air perlu bersih dan bertapis, bukan air masak, bukan air RO, bukan air mineral yang dibeli ( plastiknya ada toksin)

2. Ambil snek yang padat energy seperti nuts : gajus, pistachio, sunflower seeds, pumpkin seeds, almonds etc . Snek ini boleh makan lepas berbuka, sehingga sejam sebelum tidur dan lepas sahur sebelum imsak.

3. Bersahur paling lewat yang boleh, makan makanan seperti saya sebutkan

4. Tambah dengan protein drink yang baik dan tanpa kimia. Baca betul-betul label protein drink yang nak dibeli, pastikan tidak ada kimia atau bahan tambahan yang bahaya untuk kandungan atau anak menyusu. Awas ada herba yang juga tidak baik dimakan ibu mengandung dan menyusu dan ada produk dalam pasaran yang ada herba untuk kuruskan badan. Pengedar tidak bertanggung jawab mengesyurkan untuk ibu mengandung /menyusu. Awas pemanis tiruan dalam minuman.

Minuman yang banyak asid amino termasuk bone broth, marine collagen dan gam arab.

Boleh juga tambahkan makanan seperti kurma buah dan gum arabic sebab makanan ini senang hazam ada serat dan tinggi nilai nutrisi.

Makan makanan yang nutrisinya padat. Chlorella adalah makanan yang padat nutrisi dan membantu heavy metal detox. Saya tidak sebut spirulina sebab ia mengandungi neurostimulant yang mungkin tidak sesuai semasa mengandung walaupun ia padat nutrisi juga.

5. Elak makanan segera, makanan tiruan dan makanan dalam tin. Bila kita berpuasa bahan toksik dari makanan berproses lebih mudah masuk ke dalam air susu ibu.

6. Amalkan scrubbing kulit, pastikan lawas buang air besar dan senaman ringan waktu petang untuk keluarkan peluh (detox juga)

7. Optimakan kesihatan usus dengan probiotic dan prebiotic serta enzyme, antara makanan tradisi kita yang ada enzyme adalah tempoyak dan tempe mentah! Rajinlah makan dengan ulaman.

8. Kobis, pudina dan terlalu banyak pengambilan "herbs" boleh kurangkan susu. Begitu juga ada yang dapati Chia seeds kurangkan susu sedangkan halba dan ulam ulaman banyakan susu.

Ada yang risaukan kesan detox akan jejas anak yang di susukan. Saya berpendapat ini tidak perlu dirisaukan jika ibu mengambil berat untuk memastikan nutrisinya cukup dan ibu mengambil langkah mengoptimakan organ detoksnya seperti scrubbing kulit, ginjal (kidney) dan usus (berak kena lawas, tak lawas perlu lawaskan), keluarkan peluh.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.