Header Ads

Ibu Muda Meninggal Kerana Rahim PECAH Disebabkan Hamil Jarak Dekat..



Khas untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Ini merupakan cerita sebenar. Seorang wanita bernama Zhang berusia 23 tahun, dikategorikan sebagai wanita yang sangat sukar untuk hamil. Namun setelah sekian lama berusaha, akhirnya dia berjaya hamil.

Sewaktu kehamilan, dia sentiasa berhati-hati, keluarganya juga menjaganya. Selama hamil dia juga mengalami rasa loya dan muntah, namun demi anaknya, semua ini boleh dilalui.


Selama kehamilan, dia juga menjaga hubungan intim dengan suami, kerana takut ini akan mempengaruhi bayi di dalam kandungan. Setelah tiba masanya, akhirnya Zhang melahirkan seorang bayi perempuan dengan proses caesar, pasangan ini tentu sangat bahagia. Demi kesihatan anaknya, Zhang memilih untuk menyusukan bayinya sendiri, Tidak lama selepas itu, Zhang rasa mual lagi dan hamil lagi untuk yang kedua kali.

Setelah mertuanya tahu, tentulah mertua sangat gembira, dia rasa ini adalah berita baik yang terus-menerus dari keluarga Zhang. Tentunya, dirasakan ini adalah rezeki, mereka tidak mahu membuangnya. Semasa dia memeriksa ke doktor, doktor pun sangat terkejut kerana doktor rasa apa yang dilakukan Zhang ini sangatlah berbahaya dan menyarankan dia untuk menggugurkan kandungannya segera. Namun kerana keluarga berkeras hati, akhirnya dia pulang dan tidak mengugurkan kandungannya.


Setelah hamil 4 bulan, semasa sedang minum air, tanpa sengaja dia tersedak dan siapa sangka dia terbatuk dan menyebabkan rahimnya pecah dan mengalami pendarahan. Kerana terkejut, dia terus ke hospital, namun di tengah perjalanan, Zhang sudah tidak bernafas lagi, akhirnya keluarga Zhang kehilangan dua nyawa ibu dan anak sekaligus.

Kenapa Perlu Jarakkan Kehamilan?

Ramai para ibu menganggap jika mereka menyusukan anak selepas bersalin, mereka tidak akan hamil. Disebabkan itu ada di antara ibu-ibu ini yang tidak menjaga hubungan intim semasa dalam tempoh berpantang dan menyebabkan mereka hamil lagi.

Ini merupakan anggapan yang salah kerana selepas melahirkan anak proses penyembuhan rahim mengambil masa 2-3 bulan malah bagi sesetengah orang lebih lama daripada itu terutamanya yang melahirkan anak melalui proses pembedahan iaitu Czer. 

Ini yang dialami oleh Zhang yang baru melahirkan anak secara czer, ini memang tidak disyorkan untuk terus hamil kerana sangatlah berbahaya buat dirinya.

Wanita sekalian, berhati-hatilah dan buat pemeriksaan doktor ya! Sebaiknya, bagi jarak masa antara anak pertama dan anak yang seterusnya

Sumber: Penmerahpress


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.