Header Ads

'Ini Baru Sweet Till Jannah' - Netizen Puji & Kagum Dengan Idea Anak Sambut Hari Ibu, 4,524 Shares! (21 Gambar)



KUALA BERANG, TERENGGANU - Hari ibu, hari istimewa buat wanita yang banyak berjasa kepada keluarga. Tanpa ibu, siapalah kita pada hari ini. 

Sambutan hari ibu biasanya diraikan dengan kek, bawa ibu bercuti di tempat menarik, belanja ibu makan atau paling tidak pun, sekadar ucapkan 'Selamat Hari Ibu' sahaja. 

Namun bagi Doktor Nur Fauzani, sambutan hari istimewa bagi ibunya tahun ini diraikan dengan cara unik iaitu merakam gambar ibu dan ayahnya seperti 'pengantin baru'. 

"Happy mother day to my mom, Rosmina Mohammed. Abah pun sporting habis. Baju pengantin ini pun Abah yang pilihkan untuk Umi. Kami sayang sangat umi dan abah," tulisnya di Facebook. 

Menurut Doktor Nur Fauzani, pada awalnya, dia hanya terfikir nak buat photoshoot wedding untuk ibu bapanya. Kebetulan pula Hari Ibu tidak lama lagi, lalu terfikir nak buat sambutan Hari Ibu tahun ini dengan kelainan, sebelum idea itu diusulkan kepada adik beradiknya yang lain. 

"Mula-mula saya hanya terfikir untuk shoot photo wedding untuk mereka. Kebetulan hari ibu dah dekat, jadi kira sambut hari ibu tahun ini dengan kelainan. Kemudian saya usulkan kepada adik beradik dan mereka semua sokong.

"Tema asal, nak suruh pakai busana kebaya songket. Tetapi ayah tidak setuju dan katanya zaman sekarang orang pakai dress. Ayah nak umi pakai dress. Siap dia pilih baju pengantin sendiri untuk umi. 

"Katanya warna merah jambu sangat sesuai dengan umi. Jadi ayah tak kisah kena pakai baju warna merah jambu juga. 

"Mereka memang teruja untuk buat photoshoot ini di tasik di Kuala Ibai Terengganu dan Padang Kuda di Terengganu Equestrian Resort," katanya.

Beliau tidak menyangka perkongsian gambar-gambar ibu bapanya itu menjadi viral di media sosial yang kini telah dikongsi 4,542 pengguna Facebook.

"Kami sekeluarga memang tidak menyangka sampai begitu banyak sekali orang share. Mereka (ibu bapa) seronok bila kami adik beradik bercerita yang mereka dah jadi glamor di media sosial," katanya. 





















Sementara itu di media sosial, netizen tidak putus-putus memuji kecantikan pasangan berkenaan dan kagum dengan idea yang dipilih Doktor Nur Fauzani. 

Bagi Harith Fahmi, inilah pengalaman kerjanya yang paling unik sepanjang bekerja sebagai jurufoto. 

"Job paling unik saya pernah shoot sepanjang kerjaya. Biasa biasa-biasa. Shoot sempena hari ibu. Terbaik parent Dr Nur Fauzani. Sempoi," tulisnya. 

Semoga menjadi contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda semua untuk mengembirakan ibu bapa mereka. 

Sumber: The Reporter


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.