Header Ads

Ini Dia Jawapan Balas Da'i Wan Tentang Isu Seorang Feminism Yang Pertahankan Rambut Adalah Bukan Aurat..




Telah sampai ke pengetahuan saya tentang perkelahian di Twitter pasal seorang Feminism yang pertahankan rambut bukan aurat.


"Rambut perempuan bukan aurat?"


Ya, benar. Tiada dalil khusus yang menyatakan rambut itu ialah aurat. Saya tak nafikan ni.

Namun begitu jangan awak lupa 2 perkataan penting di dalam Quran iaitulah Hijab & Khimar.

Hijab itu umpama suatu perlindungan yang patut dibuat, khimar pula umpama 'Shawl' yang dipakai untuk menutup kepala.


Dua perkataan ini sebenarnya cukup terkait antara satu sama lain dalam bab aurat. 

Makna kata apa:

Awak kena pakai 'Khimar' (Penutup kepala) yang bertujuan untuk 'Hijab' (Melindungi/perlindungan) kan diri sendiri.


2 perkataan yang saya sebutkan ini merupakan 'Perintah' Allah swt kepada lelaki & perempuan. Namun untuk perempuan perintah pemakaian Khimar tu khusus ada dalam surah An Nur ayat 31 sendiri.

Jadi disini, bila ia adalah perintah Allah swt, cuba tengok wanita zaman muhajirin dulu, turun shj wahyu pasal ni, mereka sanggup pergi robek langsir, terus gunakan kain langsir tu, pada waktu tu juga, terus balut dan litupkan kepala sendiri.


Rambut memang bukan aurat? Tetapi macam mana dengan arahan Allah swt untuk tutupkan kepala dan labuhkan ia?

Kan jelas dalam surah An Nur bukan? 

Jika awak mengaku Islam, bukankah submit to the god order adalah everything untuk hati awak?

Ayat An Nur ayat 30-31 tu jelas 'Perintah' Tuhan kita. 

X boleh kita denied, against. Bukan nak paksa awak ikut, tapi di situ ukuran pengabdian awak pada Tuhan macam mana?

Lagi satu, Tuhan takkan arahkan sesuatu yang sia-sia untuk kita. Sila fikirkan itu.

Sambung semula-

Makna kata sah-sah tak kira macam mana pun awak kena fikirkan cara, untuk pakai kerudung, tudung, shawl, atau apa-apa sahaja yang boleh tutupkan kepala awak dan awak kena labuhkan ia lebih dari dada awak.

Bukan saya suruh, tapi Tuhan kita.

Tuhan kita punya perintah. Dalilnya apa? Tu surah An Nur tu.

Teringin saya tambah lagi untuk mereka yang segolongan diluar sana:

Bagi saya 'Tudung' adalah jawapan paling cantik untuk laksanakan perintah Tuhan itu. Saya lelaki, tapi saya lahir dari seorang perempuan yang namanya 'Ibu'. Ibu saya sendiri sebagai perempuan akuinya. Pakai tudung memang dapat tunaikan perintah Allah swt dari 2 sudut yang telah 'Diperintahkan' iaitulah 'Tutup kepala' dan 'Labuhkan lebih dari dada'.

Jadi meskipun selepas ini kalau awak nak claim kata rambut bukan aurat, awak tetap 'Tak boleh expose' atau 'Tak boleh dedah' kan ia.

Betul bukan?

So dengan stand yang awak anggap awak betul hari ini, yang rambut awak bukan aurat awak telah tersalah dari sudut general meskipun specifically awak betul. 

Kalaupun awak betul specifically, tetapi still kalau awak expose kan 'Hair' awak, awak telah jelas2 langgar perintah Allah swt, dan yang lebih malang, awak lakukan ia dalam keadaan awak dah sedar dan tahu yang awak memang telah salah dan tahu kesalahan itu. 

Jangan.

Kembalilah pada pandangan secara majoriti semula, awak tak perlu nak payahkan diri awak menghadapi orang yang saban hari 'Membodoh' dan 'Mengherdik' awak hari-hari di Twitter itu. 

Pilihlah jalan yang awak boleh tenang semula, damai semula, berjalan bukan dalam kecaman orang. 

Awak mungkin cakap:

'X pe, ini between awak dengan Tuhan'.

Awak terlupa.

Habluminallah wa habluminannas: 

Jagaan hubungan dengan Allah itu juga adalah jagaan hubungan dengan manusia. 

Macam mana awak nak hidup dan mencapai ketenangan, bila awak hidup dipandang serong, dipandang salah, dan dipandang sebagai 'Pembawa fitnah' hari-hari.

Awak mungkin cakap awak kuat, tapi hati awak pasti akan 'Sakit', kerana awak juga manusia yang tak mampu menahan penatnya kritikan orang sebab 'Cara' yang awak pilih sendiri sedangkan punya banyak pilihan lain yang boleh buat awak untuk terus hidup dan beriman seperti biasa semula.

Ini nota hati saya untuk awak & semua yang sewaktu dengannya. Semoga Allah tunjukkan jalan yang lebih baik walaupun awak anggap ini adalah jalan yang terbaik sebab pilihan awak sendiri.

Maaf.

Bukan.

Ia bukan jalan kebenaran lagi.

Bagi saya ia sebuah 'Ujian' untuk awak mencari mana satu jalan kebenaran yang paling tepat & memang umumnya betul.

Tiada istilah pakai tudung itu payah, panas, susah dan menyusahkan kerana ada berjuta muslimah sekarang ditempat Nabi tinggal dulu telah pakai litupan kain utk tutup kepala di tengah-tengah panasnya padang pasir.

Mereka boleh & mereka sanggup bersusah payah.

Sebab itu usaha & bukti yang mereka cuba be the best dalam dapatkan 'Libasut Taqwa' (Pakaian taqwa). 

Kita hari ini, duduk dalam kereta yang punya aircond udah merungut untuk bukaknya tudung panas.

Mungkin ada titik rujukan yang kita kena kembali untuk 'Refer' semula, kerana kita mungkin tersalah tanpa kita sedar dan kita ego akan ia.

Yang benar, Da'i Wan

Semoga bermanfaat untuk semua...Sebarkan supaya ramai yang tidak terpengaruh dengan golongan yang suka menyesatkan orang lain dengan hujah2 yang mengkirtik hadis



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.