Header Ads

Inilah Akibatnya Terlalu Banyak Makan Mee Segera Yang Akan Membuatkan Anda TERKEJUT!!




Mee segera ataupun ramai kenali dengan Megi semestinya sangat popular di kalangan pelajar dan orang bujang. Mee segera dibeli kerana harg#anya yang murah dan mereka menganggap sebagai ‘Jimat’.

Bukan itu sahaja, penyediaan yang mudah dan cepat menarik ramai minat ramai orang untuk membelinya. Jika diperhatikan,ham#pir kebanyakan rumah akan menyimpan mee segera dirumah. Bagi mereka yang tidak mengamalkan untuk kehidupan seharian anda, TAHNIAH diucapkan.

Namun tahukah anda betapa bahayanya Megi kepada kesihatan kita. Mungkin ada yang dah sedar, tapi menganggap mungkin lambat lagi untuk dapat penyakit itu. Apa keburukan atau Bahaya mee segera kepada badan kita ?

1. Masalah Penghadaman

Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi

Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan mula memudaratkan buah pinggang.

Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?

3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati

Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.

Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.

4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan

Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.

5. Tekanan Darah Tinggi

Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.

Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.

Bukanlah kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat de#mi kepentingan kesihatan masa panjang


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.