Header Ads

Isu Video Viral Pakaian Seksi Izara Aishah : Ini Adalah Ujian Allah..




Selepas mendapat kecaman hebat pelakon dan model Izara Aishah membuat permohonan maaf atas tindakannya berpakaian mencolok mata.

Katanya, video memaparkan aksinya berjalan di depan orang ramai dengan pakaian mendedahkan sebahagian buah dadanya itu adalah klip lama, dan bukan ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular BH di Putrajaya pada 14 Mei lalu.

"Hai semua, saya mahu meminta maaf kepada keluarga saya, peminat dan semua yang tersinggung dengan video saya menghadiri satu pertunjukan fesyen.

"Ia adalah video lama dan bukan dari Anugerah Bintang Popular baru-baru ini," katanya.

Izara - atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham - berkata klip video berdurasi kira-kira tiga saat itu muncul kali pertama dalam kumpulan sembang WhatsApp pada Sabtu lalu.


Katanya, ia tersebar beberapa minggu selepas dia mengesahkan akan berumahtangga pada akhir tahun ini.

Melalui Twitter, Izara, 24, berkata dia mengambil tanggungjawab atas kecuaian berkenaan walaupun mengakui berasa aib serta sedih apabila ia tersebar.

"Saya memohon kemaafan daripada mana-mana pihak yang tersinggung.

"Saya juga menganggap ini adalah ujian Allah dan satu pengajaran untuk saya," katanya.

Klip video yang menjadi tular itu memaparkan Izara berjalan di suatu majlis keraian yang tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikhnya.

Disebabkan kemunculan itu berlaku sejurus selepas ABPBH sesetengah pihak menganggap dia berpakaian begitu pada majlis berkenaan.

Kelihatan berbaju putih, belahan besar pada bahagian sisi membolehkan tepi buah dadanya terdedah kepada umum.

"Saya ada tanggungjawab kepada peminat saya, dan akan menunjukkan contoh teladan lebih baik pada masa depan," katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.