Header Ads

Izara Aishah Maafkan Orang Yang Buka Aibnya




Hari ini nama Izara Aishah hangat diperkatakan umum setelah video busana seksi yang dipakainya tersebar. Tampil mengakui kesilapannya itu, Izara dalam masa yang sama turut memaafkan individu yang menyebarkan video terbabit yang didakwanya berlaku pada tahun lalu.

“Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Ini antara saya dan kamu”


“Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then, saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan”

Biarpun ramai yang menempelak tindakan pelakon itu yang tidak memakai bra sehingga menampakkan sebahagian payu daranya, namun Izara sanggup mengambil tanggungjawab atas kecuaiannya memilih pakaian. Malah dalam kenyataan terdahulu juga, Izara telah memohon maaf kepada semua.

“Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul,” tulisnya menerusi Instagram sambil menyesali perbuatannya.

Sumber: ROTIKAYA


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.