Header Ads

Kenal Melalui FB, Gadis Itali Sanggup Kumpul Duit Untuk Ke Indonesia Jumpa Kekasih Sudah Selamat Dinikahkan




Kehadiran seorang gadis Itali ke sebuah perkampungan di Desa Tragung, Kabupaten Batang, Wilayah Jawa Tengah baru-baru ini demi mengahwini kekasihnya telah mencetuskan sensasi di Indonesia.

Kini gadis itu, Ilaria Monte Bianco, 21, telah memeluk Islam dan selamat dinikahkan dengan kekasih hatinya itu, Zulfikar, pada Khamis lalu.

Pernikahan kedua sejoli ini berlangsung secara sederhana dan hanya dimeriahkan dengan jemputan di kalangan pihak keluarga sahaja.

“Saya bahagia sudah rasmi menikah, orang tua Ilaria juga telah merestui pernikahan ini,” kata Zulfikar.

Kedua-duanya juga belum mempunyai rancangan untuk berbulan madu.

Foto-foto perkahwinan mereka telah tersebar di media sosial dan ia menunjukkan senyuman bahagia kedua-duanya. Mereka kelihatan begitu cantik dan anggun apabila mengenakan pakaian adat Jawa.

Ilaria mula mengenali Zulfikar menerusi laman Facebook dua tahun lalu dan kemunculan Ilaria turut menggemparkan polis tempatan yang mulanya hairan apakah motif kehadirannya.

Bukan itu sahaja, kedatangan Ilaria juga menyebabkan ribuan penduduk hadir membanjiri kediaman Zulfikar semata-mata untuk belajar apakah rahsia kehebatan pemuda kampung tersebut hingga berjaya ‘memikat’ gadis Eropah.

Sumber: Suara TV



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.