Header Ads

Kereta kena pecah. Bila tengok barang dalam kereta semua ada, rupa-rupanya dia curi


Tergelak juga bila baca kes yang menimpa lelaki ini dimana cermin keretanya dipecahkan oleh penyamun dalam kejadian hujung Januari lalu di Menara U2, Shah Alam. 

Hasrat untuk membawa anak ke iCity terpaksa dibatalkan berikutan kes yang melucukan itu. Walaupun begitu, orang ramai diingatkan agar tidak meninggalkan sebarang barang berharga atau barang-barang yang menyerupai barang berharga dalam kereta, sekalipun kereta anda diletak di tempat letak kereta. 



Dari Perak, singgah homestay di Menara U2. Kononnya petang itu nak pergi ke iCity, bawa si Aleesya main salji sebelum balik Melaka. Di sekolah cikgu ajak main pasir, dia tak nak. Dia kata nak main salji. Terkejutlah cikgu dia. Haha. 

Sampai saja homestay, naik atas sekejap untuk letak barang siap-siap lebih kurang dalam 30 minit. Kemudian turun ke tempat parking dan bila sampai ke kereta, alamak?! Tengok-tengok cermin belakang sudah dipecahkan. 

Bila selidik, smart tag, spec, throttle conttroller, player semua masih ada. Aduh, apa pula yang hilangnya? 



Turunlah ke pejabat Pengurusan dan tengok rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Bukan main payah lagi nak cari moment kejadian, sudahlah CCTV tak ada rakam keadaan di tempat letak kereta saya. Tapi nampaklah kelibat orang pecahkan cermin kereta dan lari naik motosikal. Dapat rakam muka pelakunya tetapi nombor pendaftaran tak berjaya diperolehi. 

Puas saya fikir apa benda yang budak itu curi. Rupa-rupanya beg susu baby yang dicurinya. Beg susu itu saya letak di depan dan mungkin bagi lelaki itu ia kelihatan seperti beg laptop, lalu mencurinya. 

Saya pasti dia menyumpah-yumpah bila buka beg itu terjumpa susu dan botol susu. Lahanat betul. Dah menyusahkan saya pula nak gantikan cermin belakang dan cari susu sebab baby dah lapar. Terpaksa batal hasrat nak ke iCity. Kasihan Aleesya tak dapat main salji hari ini. Hahaha!


Sebelum naik ke atas tadi, teragak-agak juga nak bawa beg susu ke tak. Tapi tak jadi bawa sebab sekejap saja di atas. Nasib baik beg laptop sebenar dah dibawa naik ke atas. Kalau tidak, adui pisang bai. Banyak data-data dan paperwork. 

Yang buat kerja lahanat ini Orang Melayu. Memang bangsat perangai. Entah apa-apa, speechless. 

Pergi bengkel pun, mereka tergelak juga tadi. Apatah lagi dalam group WhatsApp. Hahaha!

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.