Header Ads

Kes Samun & Rogol, Polis Temui Kesan Tumpahan Air Mani Tapi Mangsa Menghilangkan Diri..



Pemilik pusat judi di Kinrara, Puchong, yang video pekerjanya disamun dan dirogol dua lelaki sehingga tular sudah tampil membuat laporan polis di Bandar Kinrara, hari ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu hadir pada 4.23 petang, Sabtu, mengesahkan kejadian berlaku di premisnya di Kinrara Niaga , Bandar Kinrara, Puchong, kira-kira 11 pagi, pada 11 Mei lalu.

Sumber berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, dua lelaki yang melakukan jenayah itu sudah dikenal pasti.

Bagaimanapun, katanya, mangsa yang juga wanita warga Indonesia dan seorang lagi pekerja premis itu lelaki warga Bangladesh menghilangkan diri.

“Siasatan lanjut mendapati premis itu sudah ditutup dan mesin judi dalam premis sudah dialihkan keluar.

“Apa yang ada hanya meja dan kerusi. Ketika kejadian pengadu tiada di premis dan berada di Kuala Lumpur. Siasatan lanjut terhadap premis akan dilakukan, ” katanya.

Menurutnya, tujuh kesan air mani ditemui di atas lantai tempat dipercayai suspek merogol mangsa.

Katanya, kesan cap jari di dinding dipercayai ketika suspek merogol mangsa turut diambil.

Sumber berkata, dua lelaki itu turut disyaki terbabit kes samun dan rogol di pusat judi di Taman Sentosa, Klang, 26 April lalu.

Video berkenaan mula viral pada 12 Mei.

Sehubungan itu, satu pasukan penyiasat khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat dan mengenalpasti lokasi pusat judi yang didakwa berlakunya kes samun dan rogol itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, dipetik berkata pihaknya mengesan penyebaran rakaman itu di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, sehingga sebelah pagi, pada 13 Mei, tiada pihak yang membuat laporan polis.

Sumber: Harian Metro



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.