Header Ads

Lelaki Dipukul Sampai Koma Kerana Didakwa Mencabul, Meninggal Dunia




ALOR SETAR, KEDAH - Lelaki yang koma dibelasah sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas sebuah pusat beli-belah telah meninggal dunia. 

Lapor Harian Metro, mangsa, telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 12.30 tengah hari tadi. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan, lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia dan kes itu kini diklasifikasikan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Polis telah menahan lima individu yang terlibat termasuk wanita berusia lingkungan 20 tahun di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang viral di media sosial. 

"Terdapat beberapa lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini untuk membantu siasatan," katanya. 

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.