Header Ads

“Maaf Sebab Kau Membesar Tanpa Ayah Di Sisi Kamu” – Ucapan Hari Jadi Melati Zero Ini Buatkan Ramai Peminat Sebak




Syaiful Zero atau dengan nama manjanya Melati antara karakter paling penting dalam kumpulan Zero. Kalau tiada dia, persembahan mereka boleh dikatakan tiada penyeri. Karakternya sangat kelakar, bersahaja dan natural. Semalam di gelanggang akhir Zero akhirnya mendapat tempat ke-4.

Tapi semalam juga merupakan hari kelahiran buat anak kesayangannya. Syaiful berasa kesal kerana tidak dapat sambut hari jadi anaknya oleh kerana komitmen bersama MLM 2017. Hanya ucapan dan doa mampu Syaiful buat untuk anaknya. Sebak juga baca ucapan hari jadi ni..

‘Kau mengenal lapar dan dahaga tanpa ada ayah untuk menyuapmu..’

Assalamualaikum..alhamdulillah33x..genap setahun sudah anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..Semoga menjadi anak yang taat dan hormat pada ibu bapa,keluarga dan orang di sekeliling mu..semoga menjadi anak yang soleh dan membawa kebahagiaan kepada keluarga kita..semoga menjadi anak yang boleh membimbing keluarga dan menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti.. 

Hanya doa yang ayah mampu berikan untuk mu wahai anak ku..minta maaf kerana di hari penting mu,ayah xdapat meraihkan hari kelahiran mu dan hari perjuangan antara hidup dan mati ibu mu untuk melahirkan mu..maafkan ayah sebab x ada di sisi kamu kerana kesibukan kerja..minta maaf sebab kau membesar tanpa ada ayah di sisi mu..kau mengenal dunia tanpa ayah memimpin mu buat seketika..kau mengenal lapar dan dahaga tanpa ada ayah untuk menyuap mu..

Insyaallah nak,rezeki yang ayah dapat skarang ini adalah rezeki yang allah turunkan untuk mu melalui ayah..setiap perbuatan sekarang yang ayah buat ini adalah untuk mu anak ku..apa pun yang terjadi malam ini adalah lah ketentuan dan rezeki untuk mu yang datang dari allah..Selamat ulang tahun yang pertama untuk anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..

Sumber: Instagram Syaiful Zero


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.