Header Ads

Menakjubkan! 7 Kegunaan Mayonaise Selain Untuk Memasak



Tahukah anda, selain untuk memasak dan untuk dimakan, mayonaise juga mempunyai banyak manfaatnya.

Jangan terkejut jika kami katakan mayonaise boleh digunakan untuk menanggalkan kesan cat.

Jom lihat 8 kegunaan mayonaise yang sedap ini dalam kehidupan anda.

Untuk kulit


Untuk melakukan manicure bukannya murah. Tetapi anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Rendamkan tangan ke dalam mangkuk yang berisi mayonaise selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Bukan hanya kulit anda halus, malah kuku anda juga lebih lembab.

Hilangkan kesan cat


Mayonaise boleh digunakan untuk menghilangkan kesan cat pada lantai, tombol pintu dan lain-lain lagi. Minyak dalam mayo lebih memudahkan anda untuk menghilangkan kesan cat tersebut.

Hilangkan kesan air


Bekas air sering ada pada perabot kayu. Letakkan 2 sudu mayonaise pada kesan tersebut., tutup dengan tisu dan tekan. Biarkan selama beberapa jam, dan lap dengan tuala kering. Kesan tersebut akan hilang.

Menggantikan Telur


Jika anda merancang ingin membuatkan ayam gorang tepung tetapi anda kehabisan telur, anda boleh lumurkan mayonaise pada ayam sebelum lumurkannya dengan tepung.

Memperbaiki rambut rosak


Campurkan 1 cawan mayonaise dengan 2 sudu teh vanila untuk aroma, sapukan pada rambut dan kulit kepala selama 20 minit. Kombinasi minyak dan protein akan mengembalikan kekuatan rambut anda serta membuatkan rambut anda lebih berkilau.

Hilangkan bunyi pada pintu


Jika pintu rumah anda berbunyi, anda boleh sapukan sedikit mayo pada bahagian engsel pintu untuk hilangkan bunyi tersebut.

Hilangkan kesan pelekat


Jika ada pelekat atau label harga yang melekat, anda boleh sapu sedikit mayo dan biarkan selama 5 minit. Pelekat tersebut akan lebih mudah untuk dibersihkan.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.